awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#SuaraMalaysia: Siapa akan julang Piala Dunia 2022? 49 peratus mahu Maghribi menang

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2022
15:42 MYT
#SuaraMalaysia: Siapa akan julang Piala Dunia 2022? 49 peratus mahu Maghribi menang
Maghribi mencipta sejarah tersendiri mara ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan Portugal 1-0 dalam aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu - Foto/Moroccofootball
PIALA Dunia Qatar 2022 memasuki pusingan separuh akhir kedua menyaksikan Maghribi bakal berdepan pasukan pilihan Perancis pada awal pagi Khamis.
Setakat ini, Argentina telah mengesahkan slot ke final Piala Dunia yang dijadual pada 18 Disember ini selepas menewaskan Croatia, 3-0 pada awal pagi Rabu.
Pasukan manakah bakal berdepan Argentina pada peringkat akhir?
Sudah tentu juara bertahan, Perancis mahu mempertahankan trofi dimenangi di Russia 2018.
Begitu pun, anak buah Didier Deschamps perlu terlebih dahulu berdepan pasukan penuh kejutan, Maghribi, pada aksi separuh akhir di Stadium Al Bayt, awal pagi ini.
Meskipun Perancis menjadi pilihan sementara Maghribi terus mengintai peluang untuk terus mencipta keajaiban, kedua-dua pasukan masih memiliki 'tangkal' yang boleh diharapkan untuk memacu pasukan ke final.
Di Astro AWANI, kami juga bertanyakan kepada anda di pelbagai platform.
Sejak 12.00 tengah malam tadi, kami kemukakan soalan berikut - Siapa bakal julang Piala Dunia 2022?
Tiga pilihan jawapan kami berikan iaitu Argentina, Maghribi dan Perancis.
Setakat jam 10.50 malam Rabu, daripada 966 responden #SuaraMalaysia, sebanyak 49 peratus memilih Maghribi.
Manakala sebanyak 34 peratus memilih Argentina dan selebihnya 18 peratus responden memilih Perancis.
Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12.00 tengah malam dan keputusan akan dikongsikan keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
Topic Berkaitan
#piala dunia qatar
#final Piala Dunia
#Argentina
#Maghribi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan