awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suarez, Cavani jamin kemaraan Uruguay (Uruguay 3-0 Rusia)

Israr Khalid
Israr Khalid
25/06/2018
20:43 MYT
Suarez, Cavani jamin kemaraan Uruguay (Uruguay 3-0 Rusia)
Suarez (kanan) meraikan gol pertama Uruguay ketika perlawanan Kumpulan A menentang Rusia di Samara Arena pada Isnin. - REUTERS
Uruguay mengesahkan kedudukan sebagai juara Kumpulan A selepas Luis Suarez dan Edinson Cavani masing-masing meledak untuk menundukkan cabaran tuan rumah, Rusia di Samara.
Seawal minit ke-10, Suarez membawa La Celeste di depan menerusi sepakan percuma leret memperdaya penjaga gol Igor Akinfeev untuk gol keduanya dalam temasya kali ini.
Gol sendiri Denis Cheryshev 13 minit kemudian, sebelum Igor Smolnikov dibuang padang kerana kad kuning kedua selepas mengasari Diego Laxalt, meruntuhkan harapan Rusia untuk bangkit.
Namun selaku tuan rumah, skuad Sbornaya terus berusaha mempamer persembahan meyakinkan dan lebih garang selepas rehat separuh masa menyaksikan Artem Dzyuba mensia-siakan peluang terbaik untuk merapatkan jurang dengan Uruguay.
Pada minit terakhir perlawanan, Cavani membuka buku golnya untuk edisi ini dengan menyudahkan kekalutan di hadapan gol Rusia selepas Akinfeev menepis tandukan Diego Godin daripada sepakan sudut.
Gol itu menjadikannya pemain Uruguay kedua yang menjaringkan gol dalam tiga edisi Piala Dunia yang berbeza (2010, 2014 dan 2018) selepas rakan serangannya, Suarez.
Uruguay akan bertemu Portugal, yang menjadi naib juara Kumpulan B selepas seri dengan Iran, di pusingan kalah mati pada 1 Julai jam 2 pagi.
Topic Berkaitan
#Edinson Cavani
#Luis Suarez
#Piala Dunia
#Piala Dunia AWANI
#Raya Bola 2018
#Rusia
#Uruguay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan