awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Asia Hangzhou: Norza yakin kontinjen negara mulakan misi dengan langkah kanan

Astro Arena
Astro Arena
23/09/2023
13:22 MYT
Sukan Asia Hangzhou: Norza yakin kontinjen negara mulakan misi dengan langkah kanan
Menurut Norza, wushu dijangka menjadi penyumbang pingat pertama Malaysia menerusi Wong Weng Son dalam acara Changquan esok. - Bernama
PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, yakin kontinjen negara mampu memulakan misi pemburuan 27 pingat dalam Sukan Asia Hangzhou dengan langkah kanan.
Ini berdasarkan semangat juang tinggi yang dipamerkan barisan atlet negara untuk memulakan cabaran masing-masing dalam temasya terbesar Asia itu.
Wushu dijangka menjadi penyumbang pingat pertama Malaysia menerusi Wong Weng Son dalam acara Changquan esok.
Selain wushu, menembak dan e-sukan turut mnenjadi harapan negara dalam memburu pemulaan positif di bumi China.
"Keadaan di Hangzhou ini, ia merupakan bandar yang bijak, ia bandar dengan kecerdasan buatan (AI), ia satu gambaran kondusif bahawa kita berada di sebuah bandar futuristik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, di Pusat Media Utama, Hangzhou.
"Ini akan memberikan atlet-atlet kita satu semangat dengan berada dalam satu keadaan yang amat kondusif -- tiada sebarang isu besar, semua fasiliti adalah kelas pertama.
"Dan saya berharap dengan mentaliti kelas pertama, dengan semangat kelas pertama, dengan perasaan sayang kepada negara, kita akan berjuang dengan bersungguh-sungguh atas nama Malaysia," katanya.
* Artikel asal disiarkan StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#Sukan Asia
#Hangzhou
#Norza Zakaria
#atlet negara
#kontinjen negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan