awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Komanwel Birmingham 2022: Siti Zalina-Emma Firyana pertahan emas boling padang

Bernama
Bernama
02/08/2022
22:20 MYT
Sukan Komanwel Birmingham 2022: Siti Zalina-Emma Firyana pertahan emas boling padang
Pada perlawanan kedua pusingan awal esok, Siti Zalina (foto) dan Emma Firyana akan berdepan wakil Cook Islands Matapa Puia-Nooroa Mataio. -Gambar fail/Bernama
BIRMINGHAM: Pasangan atlet boling padang negara, Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji bermula dengan langkah kanan dalam misi mempertahan gelaran pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila mencatat kemenangan pada aksi pembukaan acara 'pairs' wanita hari ini.
Namun, kemenangan diraih pemenang pingat emas edisi 2018 di Gold Coast, Australia itu bukan mudah apabila diberi tentangan sengit sebelum menumpaskan gandingan dari Guernsey, Rosemary Ogier-Lucy Beere, 22-19 di Victoria Park, Leamington Spa.
Pada perlawanan kedua pusingan awal itu esok, Siti Zalina-Emma Firyana akan berdepan wakil Cook Islands Matapa Puia-Nooroa Mataio.
Rentak kemenangan pasangan wanita negara itu diteruskan Fairul Izwan Abd Muin apabila mudah menewaskan pemain Jamaica Robert Simpson, 21-4 dalam perlawanan pertama acara 'singles' lelaki.
Skuad negara juga cemerlang dalam acara lelaki berempat (fours) apabila gandingan Muhammad Idham Amin Ramlan, Izzat Shameer Dzulkeple, Mohammad Syamil Syazwan Ramli dan Muhammad Soufi Rusli mengetepikan cabaran pasukan Brunei, 21-8.
Skuad wanita bertiga negara bagaimanapun berdepan nasib berbeza pada perlawanan pusingan awal acara 'triples'.
Pasukan negara yang dibarisi Nur Ain Nabilah Tarmizi, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman dan Azlina Arshad, tewas pada aksi pertama 14-17 kepada Fiji, sebelum bangkit pada perlawanan kedua dengan menumpaskan skuad Norfolk Island 24-8.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Komanwel Birmingham 2022
#Siti Zalina Ahmad
#emma firyana saroji
#atlet boling padang negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan