awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Para ASEAN: Sasaran Malaysia tidak berubah

Astro Arena
Astro Arena
26/12/2019
23:08 MYT
Sukan Para ASEAN: Sasaran Malaysia tidak berubah
MUHD IQBAL: Ia akan memberi sedikit tekanan kepada barisan atlet tetapi inilah pengorbanan mereka buat negara. - Astro ARENA
NAIB Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Muhd Iqbal Sulaiman, menjamin pungutan pingat kontinjen negara dalam Sukan Para ASEAN Filipina, Mac depan tidak akan terjejas walaupun atlet elit para memilih untuk tidak menyertainya.
Sukan Para ASEAN Ke-10 itu pada asalnya dijadualkan dari 18 hingga 24 Januari depan, namun akibat masalah yang dihadapi, ia dicadang dianjurkan dari 20 hingga 28 Mac depan.
Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) menerusi satu kenyataan sebelum ini menyatakan kekurangan bajet dan kelewatan pengeluaran dana menjadi punca temasya dwitahunan itu terpaksa ditangguhkan.
Perkembangan tersebut menyebabkan beberapa atlet berkemungkinan memilih untuk mengundurkan diri daripada temasya dwitahunan tersebut, sekali gus menjejaskan pungutan pingat kontinjen negara.
"Ia tidak begitu menjejaskan kerana semua atlet negara sudah bersedia.
"Tetapi ia akan sedikit 'kacau' program atlet untuk menghadapi Sukan Paralimpik Tokyo 2020 (Ogos depan).
"Tetapi bukan semua sukan yang akan terjejas manakala atlet utama seperti olahraga dan tenis berkerusi roda antara tujuh jenis sukan yang terlibat dalam Sukan Paralimpik," katanya.
Bagaimanapun, Iqbal tidak menafikan kelewatan Sukan Para ASEAN akan memberi kesan negatif terhadap prestasi atlet negara.
"Kami kena fokus untuk melaksanakan kedua-duanya.
"Ia akan memberi sedikit tekanan kepada barisan atlet tetapi inilah pengorbanan mereka buat negara," tambahnya.
Topic Berkaitan
#APSF
#atlet
#Filipina
#kacau
#kesan negatif
#Malaysia
#Muhd Iqbal Sulaiman
#Persekutuan Sukan Para ASEAN
#prestasi atlet
#sukan
#Sukan Para ASEAN
#Sukan Paralimpik
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan