KUALA LUMPUR: Para atlet yang akan menggalas cabaran negara pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi diingatkan agar tidak bimbang mengenai situasi pandemik di Vietnam ketika temasya itu berlangsung bulan depan.
Walaupun Vietnam mencatat kes positif secara purata lebih 70,000 kes sehari, Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Hanoi Datuk Nur Azmi Ahmad berkata berdasarkan lawatannya ke Hanoi bulan lepas bagi meninjau persiapan temasya dwitahunan itu, situasi di negara tuan rumah masih terkawal.
"Atlet tidak perlu bimbang yang penting mereka jaga diri sendiri. Selain dianjurkan dalam konsep gelembung sukan, kita juga tidak membenarkan atlet negara untuk keluar sesuka hati kecuali ke venue acara serta balik ke hotel sahaja.
"Majlis Sukan Negara (MSN) juga telah mengatur proses pemberian makanan termasuk makanan halal kepada atlet kita. Saya lebih bimbang dari segi pungutan pingat kerana menjadi tanggungjawab pengurus pasukan untuk memastikan atlet patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan penganjur di Hanoi," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Nur Azmi berkata demikian selepas mengadakan lawatan dan perjumpaan bersama atlet serta jurulatih e-sukan dan olahraga di MSN Bukit Jalil.
Beliau pada masa sama juga berpuas hati dengan kerjasama diberikan kesemua persatuan sukan terlibat dalam temasya kali ini dan menyifatkan mereka sudah bersiap sedia dalam membantu atlet membawa cabaran Malaysia di Hanoi nanti.
Biarpun enggan meletak sebarang tekanan kepada atlet untuk mencipta kejayaan di Vietnam, Nur Azmi menegaskan Sukan SEA tidak boleh dianggap sebagai 'melancong' selepas ada antara mereka tidak dapat bertanding di luar negara susulan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lepas.
"Ini peluang mereka cungkil bakat serta dapat pingat..bukan holiday (bercuti) kerana sudah lama tidak keluar gara-gara COVID-19 tetapi ini (Sukan SEA Hanoi) assignment (tugasan) paling penting," tambahnya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan akan membuat perjumpaan dalam satu majlis berbuka puasa bersama kesemua pengurus pasukan terlibat bagi mengetahui perkembangan terkini serta persiapan kontinjen negara ke temasya di Hanoi pada 13 April ini.
Malaysia dijangka menghantar 604 atlet dan 279 pegawai ke temasya sukan itu di Hanoi.
Sukan SEA Hanoi dijadual berlangsung pada 12 hingga 23 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022
Malaysia dijangka menghantar 604 atlet dan 279 pegawai ke temasya sukan itu di Hanoi.
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.
AWANI Ringkas: Bela nasib pekerja | Gaji penjawat awam bakal diperincikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
3 terbunuh serangan peluru berpandu Rusia
Serangan turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur awam.
Rumah kosong di Jepun pecah rekod, 9 juta unit
Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018.
Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata kenaikan gaji melebihi 13 peratus itu membuktikan komitmen kerajaan kepada penjawat awam.
Australia peruntukan AUD1 bilion banteras keganasan domestik, seksual
Perdana Menteri Australian umumkan peruntukan AUD1 bilion tangani jenayah kegasanan domestik dan seksual yang disifatkan sebagai krisis nasional negara itu.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.