Sukan SEA: Dr Mohammed Taufiq bangga kontinjen Malaysia kutip lebih 50 emas

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berswafoto bersama pasukan skuasy negara yang membawa pulang empat pingat emas dan dua perak di Sukan SEA 2025. - Foto Bernama
BANGKOK: Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari bangga dengan prestasi kontinjen Malaysia yang kini sudah mengutip lebih 50 pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand hari ini.
Ringkasan AI
- Kontinjen Malaysia kini telah meraih lebih 50 pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand, mencapai jumlah 212 pingat secara keseluruhan.
- Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, memberikan penghargaan kepada atlet negara serta menyatakan hasrat untuk membangunkan persiapan yang lebih cemerlang bagi Sukan SEA akan datang di Malaysia pada tahun 2027.
- Pelantikan Dr Mohammed Taufiq sebagai Menteri Belia dan Sukan merupakan sebahagian daripada rombakan Kabinet Kerajaan MADANI yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggantikan Hannah Yeoh yang kini mengendalikan jawatan baharu di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
"Sebagai seorang menteri, ini tugas pertama saya untuk menyaksikan Sukan SEA dan insya-Allah kami memandang ke hadapan untuk membuat persiapan yang hebat bagi Sukan SEA akan datang (di Malaysia 2027)," katanya selepas menyaksikan aksi skuasy di Kolej Vajiravudh di sini.
Setakat 2 petang hari ini, kontinjen Malaysia mengutip 51 emas, 51 perak dan 110 gangsa.
Kutipan itu membolehkan Malaysia kini mengumpul 212 pingat secara keseluruhan, sekali gus melepasi sasaran 200 pingat ditetapkan sebelum ini.
Temasya Sukan SEA 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Dis ini melibatkan dua wilayah, iaitu Bangkok dan Chonburi.
Pelantikan Dr Mohammed Taufiq diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lepas sebagai sebahagian daripada rombakan Kabinet Kerajaan MADANI bagi mengisi beberapa kekosongan jawatan.
Ahli Parlimen Sungai Petani itu menggantikan Hannah Yeoh yang menggalas peranan baharu sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


