PHNOM PENH: Enam pesilat negara mengesahkan slot ke pentas akhir acara silat tanding selepas menumpaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir di Pusat Konvensyen Chroy Changvar di sini hari ini.
Nor Farah Mazlan memulakan langkah cemerlang skuad silat negara apabila mara ke saingan akhir selepas menewaskan wakil Thailand Firdao Duromae 58-36 dalam kategori 45-50 kilogram (kg) Putri.
Menanti Nor Farah dalam penentuan pingat emas esok adalah peserta dari Singapura Nadhrah Sahrin.
Langkah kanan pesilat negara diteruskan menerusi Mohd Shahrul Zeckry Sulaiman yang menewaskan peserta Thailand Aekarat Maehchi 44-42, dan akan berdepan Iqbal Candra Pratama dari Indonesia dalam kategori 70-75kg Putra.
Norsyakirah Muksin turut tidak mengecewakan apabila mengesahkan tempat ke akhir kategori bawah 45kg Putri dengan mengalahkan peserta Singapura Nur Tuhfah Md Roslan 6-0. Beliau akan bertemu wakil Indonesia Suci Wulandari esok.
Turut mara Siti Shazwana Ajak yang mengatasi atlet tuan rumah, Phyrom Moniroth 46-5 (60-65kg Putri), Muhammad Izzul Irfan Marzuki mengalahkan At Chandy dari Kemboja 27-6 (60-65kg Putra) dan Muhammad Robial Sobri mengetepikan cabaran peserta Thailand Saranon Glompan 17-10 (85-90kg Putra).
Pada pentas final, Siti Shazwana akan berdepan Atifa Fismawati dari Indonesia, Muhammad Izzul Irfan bertemu atlet Indonesia Kadek Andrey Nova Prayada manakala Muhammad Robial akan membuat perhitungan dengan Sheik Farhan Sheik Alau'ddin dari Singapura.
Dua lagi wakil Malaysia, bagaimanapun gagal meloloskan diri ke peringkat akhir selepas tumpas kepada lawan masing-masing.
Afiq Aniq Fazly tumpas kepada Sheik Firdaus Sheik Alau'ddin dari Singapura 15-28 bagi kategori 75-80kg Putra manakala Nur Syazerra Hidayah Idris terpaksa akur berdepan peserta Indonesia Safira Dwi Meilani apabila tewas 39-46 bagi kategori 50-55kg Putri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023
Langkah kanan pesilat negara diteruskan menerusi Mohd Shahrul Zeckry Sulaiman yang menewaskan peserta Thailand Aekarat Maehchi 44-42, dan akan berdepan Iqbal Candra Pratama dari Indonesia dalam kategori 70-75kg Putra. - Foto BERNAMA
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sukan SEA: Enam pesilat negara buru pingat emas esok
Enam pesilat negara mengesahkan slot ke pentas akhir acara silat tanding selepas menumpaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir di Pusat Konvensyen Chroy Changvar hari ini.
Penampilan pertama di Sukan SEA, Shahrul galas tanggungjawab besar
Pesilat muda, Mohd Shahrul Zeckry Sulaiman memikul tanggungjawab yang cukup besar di Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.
Tampil semangat juang tinggi di Sukan SEA Kemboja - Jurulatih silat negara
Barisan pesilat negara perlu menampilkan semangat juang tinggi ketika beraksi di Sukan SEA Kemboja yang bermula secara rasmi hari ini.
Silat: Muhammad Robial, Nor Farah dan Nor Izzatul lakar nama sebagai juara baharu dunia
Aksi ketiga-tiga mereka berada dalam kelas tersendiri sejak pusingan awal yang bermula 26 Julai lepas.
Pesilat negara mula langkah kanan di Kejuaraan Pencak Silat Dunia
Biarpun kecederaan pada bahu kanan masih belum sembuh sepenuhnya, Mohd Al Jufferi Jamari tetap ampuh apabila bermula langkah kanan pada saingan hari pertama Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022.
Sukan SEA Hanoi: Pesilat negara raih gangsa
Hasrat Luqman beraksi di persembahan penentuan emas tidak tercapai apabila tewas kepada Chomsy Sayasan.
Sukan SEA: Al-Jufferi yakin mara ke final
Dia berpegang kepada ajaran hulubalang dahulu kala betapa darah bangsa kita tiada tandingan.
Pesilat negara sedia berdepan pukulan, tendangan lebih ekstrem di Hanoi
Jaminan itu diberikan jurulatih pencak silat negara Mazlan Shaari selepas melihat kemajuan anak buahnya.
Perubahan kelas gugat peluang Mohd Al Jufferi raih emas kelima Sukan SEA
Kecederaan dialaminya sebelum ini menyaksikan beliau sukar untuk menurunkan berat badan sekali gus terpaksa akur beraksi dalam kategori baharu.
Pesilat negara pulang dari Kyrgyzstan positif COVID-19
Atlet yang identitinya tidak didedahkan itu kini berada di Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang.