PHNOM PENH: Prestasi hambar skuad badminton wanita negara pada temasya Sukan SEA 2023 berulang sekali lagi apabila gagal melangklah ke separuh akhir acara berpasukan selepas tewas mengejut 3-0 kepada Filipina, di sini, hari ini.
Selepas tewas 3-1 kepada tuan rumah Vietnam di peringkat suku akhir pada edisi tahun lalu, nasib sama menimpa skuad negara di Dewan Badminton Morodok Techo, Stadium Nasional, di sini.
Pemain perseorangan pertama, Mikaela Joy De Guzman, yang berada di ranking ke-184 dunia, menyumbang mata pertama kepada Filipna apabila mengambil masa 48 minit untuk menyingkirkan wakil negara, Tan Zhing Yi, 24-22, 21-18.
Hasrat beregu wanita negara, Low Yeen Tuan-Valeree Siow, untuk menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila bergelut dengan beregu utama Filipina, Alyssa YYsabel Leonardo-Thea Marie Pomar, sebelum tewas 22-20, 19-21, 22-24, dalam pertarungan selama 62 minit.
Ketinggalan 2-0 tersebut memberikan tekanan kepada pemain perseorangan kedua, Siti Nurshuhaini Azman, untuk menghidupkan peluang skuad negara mengintai slot separuh akhir tetapi aksi dalam keadaan gugup menyebabkan beliau dengan mudah tewas 21-16, 21-18 kepada Maria Bianca Ysabel Carlos.
Filipina bakal bertemu pemenang antara Indonesia dan Kemboja pada separuh akhir.
Sementara itu, Siti Nurshuhaini, ketika ditemui selepas perlawanan, berkata beliau jelas kecewa kerana tidak dapat memberi inspirasi kepada kebangkitan Malaysia selepas tidak dapat menahan tekanan besar selepas ketinggalan 2-0 sebelum melangkah ke gelanggang.
"Agak kecewa kerana tahun lepas saya turun sebagai perseorangan pertama (menentang Vietnam) tetapi gagal sumbang mata tapi tahun ini saya jadi penentu namun tak berjaya juga.
"Saya rasa boleh main namun tekanan terlalu tinggi bila pasukan ketinggalan... prestasi saya tidak menjadi dengan melakukan banyak kesilapan. Saya berazam memperbaiki kesilapan pada acara individu bermula Jumaat ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023
Siti Nurshuhaini berkata, kecewa kerana tidak dapat memberi inspirasi kepada kebangkitan Malaysia selepas tidak dapat menahan tekanan besar ketinggalan 2-0 sebelum. - Gambar fail
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.