awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Noor Azman tidak bersalah, kembali galas tugas Setiausaha Agung - FAM
Extra Joss Oren kembali, segar & bertenaga setiap hari
Legenda bola sepak Wales, Terry Yorath meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti

Astro Arena
Astro Arena
23/05/2022
04:56 MYT
Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Nasib jelas tidak menyebelahi Malaysia apabila sepakan Hadi Fayyadh dan Luqman Hakim (gambar) diselamatkan penjaga gol lawan, Ernando Ari. - Stadium Astro
PENYERANG skuad B-23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi pada Ahad.
Dalam aksi menentang Indonesia di Stadium Nasional My Dinh, skuad negara mendominasi hampir keseluruhan perlawanan tetapi dibolosi terlebih dahulu oleh jaringan Ronaldo Joybera Junior Kwateh sebelum Hadi Fayyadh Abdul Razak menyamakan kedudukan bagi mengheret perlawanan ke penentuan penalti.
Bagaimanapun, nasib jelas tidak menyebelahi Malaysia apabila sepakan Hadi Fayyadh dan Luqman Hakim diselamatkan penjaga gol lawan, Ernando Ari, untuk skuad negara menamatkan saingan di tempat keempat susulan kekalahan 3-4 dalam penentuan itu.
BACA: Sukan SEA Hanoi: Skuad B-23 gagal bawa pulang pingat gangsa
Luqman Hakim, ketika ditemui wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan itu.
"Saya juga agak kecewa dengan sepakan penalti saya tetapi rezeki tidak menyebelahi saya dan rakan sepasukan untuk menang pingat gangsa.
"Kami akan bangkit dengan lebih kuat dan akan fokus kepada Kejohanan AFC (Piala Asia B-23 di Uzbekistan bulan depan) nanti.
"Jadi, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, juga kepada kedua ibu-bapa saya kerana tidak dapat pingat gangsa ini.
"Insya-Allah, kami akan memberikan keputusan yang lebih baik dalam Kejohanan AFC nanti," katanya.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Luqman Hakim
#penentuan penalti
#Sukan SEA
#Hanoi
#Vietnam
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan