HANOI: Tumpuan peminat sukan tanah air pada hari ke-13 hari ini pastinya terarah kepada pencapaian atlet negara dalam mencapai sasaran 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31 di sini.
Selepas mencatat keputusan membanggakan pada hari ke-12 dengan meraih tujuh pingat emas semalam, kontinjen negara memerlukan dua lagi kilauan emas bagi mencapai sasaran itu dan setakat ini, kem negara mengutip keseluruhan 34 emas, 38 perak dan 73 gangsa untuk kekal di kedudukan keenam.
Acara karate dan menembak yang sebelum ini cemerlang menyumbangkan pingat emas diharap dapat meneruskan momentum kemenangan selain beberapa acara final melibatkan atlet negara dijangka mampu mencipta kejutan bagi menghadiahkan emas kepada kontinjen Malaysia.
Pada saingan semalam, skuad gimnastik dan memanah muncul pasukan paling cemerlang apabila masing-masing menyumbangkan dua pingat emas.
Skuad gimrama negara yang dianggap gergasi dalam sukan itu di rantau ini tidak berdepan masalah untuk menyapu bersih dua pingat emas yang dipertanding dalam acara all-around individu menerusi Koi Sie Yan dan all-around berkumpulan.
Penantian skuad memanah kebangsaan untuk menuai pingat emas pada temasya kali ini juga berakhir semalam selepas gandingan Mohd Juwaidi Mazuki-Fatin Nurfatehah Mat Salleh mendominasi saingan final compound berpasukan campuran.
Sejurus menghadiahkan kejayaan bermakna buat kem negara, Mohd Juwaidi yang juga atlet Olimpik menggondol emas keduanya di temasya sukan dwitahunan itu dalam acara compound individu lelaki.
Di lapang sasar menembak, Johnathan Wong kembali merampas pingat emas acara 10 meter (m) air pistol lelaki selepas gagal berbuat demikian pada edisi 2019 di Filipina.
Sementara itu, jaguh karate negara R. Sharmendran mencipta sejarah tersendiri apabila melakar hatrik memenangi emas kumite lelaki bawah 75 kilogram (kg) manakala atlet taekwondo Muhammad Syafiq Zuber pula cemerlang apabila menjuarai acara kyorugi welterweight (80kg).
Selepas berakhir hari ke-12, tuan rumah Vietnam kekal di kedudukan teratas dalam carta pungutan pingat apabila mengumpul 153 emas, 89 perak dan 84 gangsa diikuti Thailand 62-68-96, Singapura 44-43-55, Indonesia 42-61-56 dan Filipina di tempat kelima dengan 40-57-79.
Sementara itu, hasrat skuad bola sepak bawah 23 tahun kebangsaan untuk merangkul 'ibu segala pingat' pada temasya Sukan SEA kali ini tidak kesampaian apabila terkandas di peringkat separuh akhir setelah tumpas 0-1 kepada juara bertahan Vietnam pada aksi penuh dramatik malam tadi.
Kekalahan itu menyaksikan skuad Harimau Muda terpaksa menunggu lebih lama untuk menamatkan kemarau 11 tahun merangkul pingat emas Sukan SEA selepas kali terakhir memenanginya pada edisi 2011 di Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022
Hasrat skuad bola sepak B-23 kebangsaan untuk merangkul 'ibu segala pingat' pada Sukan SEA kali ini tidak kesampaian apabila tewas 0-1 kepada Vietnam di separuh akhir malam tadi. - Gambar/ FAM
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan
Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.
Sukan SEA Hanoi: 'Saya minta maaf' - Luqman Hakim
Penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin memohon maaf atas kegagalan menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan penentuan gangsa antara Malaysia menentang Indonesia pada Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Malaysia tambah dua emas, tamatkan cabaran di tempat keenam
Kontinjen negara berjaya menambah dua pingat emas pada hari ke-15 Sukan SEA ke-31 di sini hari ini, sehari sebelum temasya sukan dwitahunan tersebut melabuhkan tirai esok.
Sukan SEA Hanoi: Program Jom Tengok Bola jadi platform pupuk semangat perpaduan
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat menerusi sukan antara matlamat dalam Program Jom Tengok Bola Harimau Muda menentang Indonesia di Restoran Syed Bistro SS6, Petaling Jaya Pada Ahad.
Sukan SEA Hanoi: Emas acara beregu campuran dalam genggaman
Sebutir pingat emas sudah berada dalam genggaman kontinjen negara apabila dua pasangan badminton negara akan berentap pada final acara beregu campuran pada Sukan SEA ke-31, esok.
Sukan SEA Hanoi: Ahmad Faizal harap kontinjen negara terus buru pingat
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap atlet negara terus berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan koleksi pingat di Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Pecutan bertenaga Nur Aiman Zariff sumbang emas ke-37 Malaysia
Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff menampilkan pecutan bertenaga di penghujung saingan untuk merangkul pingat emas acara lebuh raya lelaki Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Ismail Sabri ucap tahniah, bangga pencapaian atlet Keluarga Malaysia
Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet Keluarga Malaysia.
Sukan SEA Hanoi: Malaysia dijangka capai sasaran 36 emas pada hari ke-13
Tumpuan peminat sukan tanah air pada hari ke-13 pastinya terarah kepada pencapaian atlet negara dalam mencapai sasaran 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Boling raih pingat perak acara berpasukan lelaki, wanita
Skuad boling lelaki dan wanita negara masing-masing meraih pingat perak acara berpasukan di Sukan SEA Hanoi, hari ini.