HANOI: Penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin memohon maaf atas kegagalan menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan penentuan gangsa antara Malaysia menentang Indonesia pada Sukan SEA ke-31, semalam.
Luqman Hakim dan Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak yang masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua perlawanan di Stadium Nasional My Dinh, di sini, menjadi dua pemain yang gagal menjaringkan penalti, justeru menyaksikan pasukan negara tewas 3-4 dan pulang tanpa sebarang pingat.
Pemain berusia 20 tahun itu, yang berpangkalan di Belgium bersama kelab KV Kortrijk, berkata tiada individu yang lebih kecewa daripada dirinya selepas terlepas penalti tersebut dan beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan itu.
"Memang kecewa, saya amat kecewa dengan sepakan penalti saya, Malaysia bermain baik dengan serangan demi serangan tetapi penalti saya dan Hadi tidak dapat bantu Malaysia raih gangsa.
"Saya minta maaf pada rakyat Malaysia, ibu bapa saya, penyokong bola sepak tempatan dan semua pihak," katanya kepada Bernama di sini.
Pemenang perlawanan itu terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 90 minit permainan sebenar.
Terdahulu, Ronaldo Joybera R Junior menjaringkan gol bagi Indonesia manakala Muhammad Hadi menyumbang gol buat pasukan negara.
Pada babak penentuan itu, percubaan Luqman Hakim dan Muhammad Hadi diselamatkan penjaga gol Ernando Ari Sutaryadi, manakala bagi Indonesia hanya Asnawi Mangkualam Bahar gagal menyempurnakan sepakan penalti setelah rembatannya menggegar palang.
Sementara itu, Luqman Hakim mahu segera melupakan kekecewaan di sini dan berazam memperbaiki kelemahannya menjelang Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada 1 hingga 19 Jun ini.
"Saya perlu bangkit daripada kekalahan ini untuk fokus kepada saingan di Uzbekistan sebab banyak perlawanan perlu ditempuh, jadi saya perlu letak tepi kekecewaan ini dengan cepat. Saya tidak akan berputus asa dan akan berikan terbaik di Uzbekistan," kata pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.
Pada penampilannya di temasya dwitahunan itu, Luqman Hakim mengumpul tiga gol yang diraih dalam saingan Kumpulan B iaitu dua gol dijaringkan ketika berdepan Laos dan satu ketika menentang Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022

Luqman Hakim yang berpangkalan di Belgium bersama kelab KV Kortrijk, berkata tiada individu yang lebih kecewa daripada dirinya selepas terlepas penalti tersebut dan beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan itu. - Gambar fail
Sultan Nazrin berkenan sempurnakan perasmian
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan majlis perasmian Perak Agrofest 2023 di Sungai Siput, pada Sabtu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 September 2023.
Kerajaan Selangor tunggu kelulusan KM untuk roboh Stadium Shah Alam
Kerajaan Selangor sedang menunggu kelulusan kebenaran merancang (KM) untuk melaksanakan perobohan Stadium Shah Alam yang bakal diganti dengan Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA) baharu.
Tuntutan guru di Malaysia bukti lebih fokus kepada pengajaran
Guru-guru di Malaysia lebih fokus kepada tugas sebagai tenaga pengajaran jika dilihat dari tuntutan dan keluhan mereka yang inginkan agar tidak dibebankan dengan tugas lain di luar bidang pengajaran.
SOP penyelenggaraan kemudahan sukan ditingkatkan - Fadhlina
Prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan terhadap kemudahan sukan di sekolah akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah adalah sifar kemalangan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Mangsa banjir di Kedah menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah berkurangan kepada 419 orang daripada 141 keluarga setakat 10 malam.
Johor peruntuk RM78 juta persediaan hadapi banjir
Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM78 juta bagi melakukan kerja-kerja pembersihan sungai, longkang dan kolam takungan air sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir.
Pemerkasaan seni dan budaya perlu untuk Kebangkitan Asia - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia sangat bertuah dan unik apabila mampu mempamerkan kepelbagaian seni dan budaya sebagai simbol kekuatan negara.
Mengambil pendekatan berbeza mendampingi rakyat
Kerajaan MADANI kini mengambil pendekatan berbeza yang lebih proaktif bagi merasai masalah rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Muhamamd Syafiq-Tze Liang sumbang gangsa kedua kem terjun
Kem terjun negara menambah koleksi pingat gangsa menerusi gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di sini, malam ini.

Luqman Hakim teringat juadah raya ibu
Selepas dua tahun beraya di Belgium, tahun ini pemain kelahiran Kota Bahru, Kelantan berusia 21 tahun itu menyambut Aidilfitri di Iceland.

Luqman Hakim ledak gol pertama bersama Njardvik
Luqman Hakim melakukan penampilan pertama sebagai kesebelasan utama ketika menentang Augnablik dalam kejohanan sama pada 8 April lalu.

Azim tidak tolak kemungkinan tandatangani Luqman Hakim
Usaha Perak FC berada dalam saingan Liga Super musim depan melalui proses keputusan 'tiada aksi play-off' dikeluarkan pihak penganjur.

Sukan SEA Hanoi: 'Saya minta maaf' - Luqman Hakim
Penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin memohon maaf atas kegagalan menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan penentuan gangsa antara Malaysia menentang Indonesia pada Sukan SEA ke-31.

Pendekatan Pan Gon 'benda luar biasa' - Luqman Hakim
Luqman merasai perubahan dibawa Pan Gon menerusi intensiti latihan tinggi selain beberapa perkara baharu dipelajarinya yang disifatkan sebagai 'benda luar biasa'.

Aksi lincah Luqman Hakim tambat hati penyokong KV Kortrijk
Luqman yang diturunkan sebagai pemain gantian menunjukkan kualiti yang dimilikinya apabila berjaya beberapa kali menghadirkan masalah kepada benteng pasukan lawan.

Luqman Hakim puasa 17 jam, hanya bersahur ringan
Pemain kelab Belgium, KV Kortrijk, itu berkongsi dia hanya bersahur secara ringan dan turut memasak juadah kegemarannya pada Ramadhan pertama.

Harimau Malaya mulakan latihan Isnin depan di Johor Bahru
Tonggak skuad kebangsaan, Safawi Rasid pula tidak disenaraikan kerana mengalami kecederaan pada aksi Liga Super di antara JDT dan UiTM FC Sabtu lalu.

De Paula, Ramadhan antara dipanggil ke latihan pusat
Johor Bahru dipilih sebagai lokasi latihan pusat kali ini kerana kemudahan lengkap yang dimiliki JDT adalah bertaraf dunia dan yang terbaik untuk bola sepak di negara ini.

Luqman Hakim buat penampilan pertama bersama Kortrijk
Biarpun hanya beraksi selama 16 minit, dia menjadi pencetus Kortrijk memperoleh sepakan penalti yang disempurnakan Ilombe Mboyo pada minit ke-86.