Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan menukar kriteria pemilihan atlet ke temasya Sukan SEA 2021, sekiranya cadangan menghantar atlet muda ke sukan dwitahunan itu direalisasikan.
Mengikut kriteria kelayakan sebelum ini, atlet perlu melepasi pencapaian terbaik dalam tiga Sukan SEA terdahulu, namun kriteria itu perlu dipinda jika atlet muda atau atlet daripada Sukan Malaysia (Sukma) dihantar mewakili negara di Sukan SEA Vietnam pada November 2021.
Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pindaan itu akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini menerusi perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN), berdasarkan input dan maklum balas yang diterima MOM selepas mengadakan pertemuan empat mata secara berasingan dengan semua persatuan sukan kebangsaan (NSA) baru-baru ini.
"Cadangan sama ada hendak menghantar atlet muda telah mencetuskan perbahasan kerana Sukan SEA adalah sukan pembangunan dan persahabatan. Ada NSA yang bersetuju, ada yang tidak dan ada yang mahu menggabungkan atlet senior dan junior.
"Kalau kita mahu pertaruhkan atlet muda, tentu kita kena ubah kriteria itu. Kriteria yang dipinda itu akan kita wujudkan menjelang akhir tahun ini, ketika Vietnam mengesahkan senarai sukan yang akan dipertandingkan," katanya selepas mesyuarat Majlis MOM ke-194 di Wisma OCM di sini, hari ini.
Vietnam dijangka mengumumkan senarai acara yang akan dipertandingkan pada Sukan SEA Hanoi itu November ini, selepas menerima rayuan daripada negara bertanding untuk menambah beberapa jenis sukan dan acara daripada 36 jenis sukan yang diumumkan sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Norza berkata MOM telah berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengenai cadangan membantu industri sukan yang terjejas dengan pandemik COVID-19 apabila banyak kejohanan serta aktiviti sukan dan rekreasi tidak dapat diadakan.
"Kami tidak mahu pengusaha sukan yang 'nyawa-nyawa ikan' terus hilang daripada peta kerana tiada aktiviti untuk menjana pendapatan. Kami telah berbincang dengan menteri untuk mengetengahkan kepada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi melihat insentif dan perkara yang boleh memberi nafas baharu kepada industri sukan menerusi Belanjawan 2021," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 26 2020
pindaan itu akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini menerusi perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN), berdasarkan input dan maklum balas yang diterima MOM selepas mengadakan pertemuan empat mata secara berasingan. - Gambar fail
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Jadikan pencapaian cemerlang Wendy inspirasi buat atlet pelapis - Mohamad Norza
Mohammad Norza berharap pencapaian Wendy Ng akan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengekalkan dominasi Malaysia dalam sukan itu di pentas antarabangsa.
Di mana prestij Sukan Komanwel jika hanya 10 acara dipertandingkan? - Pekan
"Sukan (Komanwel) ini tahap apa? Sukan SEA pun lebih banyak acara (jadi kalau terima) ia seolah-olah sekadar nak mengadakan sahaja."
Penganjuran Sukan Komanwel 2026 tidak membebankan - Nazifuddin
Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Najib, menyangkal dakwaan bahawa kerajaan akan merasa terbeban dengan kos penganjuran.
Malaysia ditawar secara rasmi jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Tawaran itu merangkumi pelaburan kewangan yang besar menjangkau 100 juta pound (kira-kira RM601 juta) untuk menyokong perancangan bagi penganjuran edisi 2026 itu.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Olimpik Paris: Johnathan atlet ketiga negara layak secara merit
Penembak negara, Johnathan Wong, menjadi atlet ketiga Malaysia layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Belanjawan 2024 mesra industri sukan - MOM
Belanjawan 2024 ambil kira keperluan semua lapisan keluarga sukan negara, kemuncaknya peruntukan RM20 juta untuk program 'Road To Gold'.
Kejayaan 32 pingat Sukan Asia Hangzhou tutup mulut pengkritik sukan negara
Kejayaan itu hasil perancangan rapi pemegang taruh utama iaitu Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), MSN, MOM dan Institut Sukan Negara (ISN).
MOM tunggu laporan penuh ISN keadaan Azizulhani
MOM sedang menunggu laporan penuh Institut Sukan Negara (ISN) berhubung keadaan semasa Azizulhasni susulan kemalangan.
Penetapan sasaran Sukan Asia dijangka guna pendekatan baharu - MOM
MOM serahkan kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk memutuskan pendekatan yang bakal digunakan berhubung sasaran pingat Sukan Asia Hangzhou 2022.