Pejabat Kedutaan Malaysia di Myanmar akan mengeluarkan garis panduan perjalanan kepada rakyat Malaysia yang akan mengunjungi Myanmar semasa berlangsungnya temasya Sukan SEA dari 11 hingga 22 Dis depan.
Duta Besar Malaysia ke Myanmar Dr Ahmad Faisal Muhamad berkata garis panduan perjalanan itu dikeluarkan memandangkan Myanmar bukanlah sebuah negara yang mesra pelancong seperti di Malaysia, Singapura atau Indonesia.
"Semasa berlangsungnya temasya Sukan SEA nanti, bukan sahaja atlet, pegawai dan pihak media, malahan penyokong dan ahli keluarga atlet akan datang ke negara ini (Myanmar) untuk memberi sokongan," katanya.
Bercakap dalam sidang akhbar selepas meraikan delegasi media Malaysia yang membuat lawatan Pra-Sukan SEA di Nay Pyi Taw dan Yangon, semalam, beliau berkata garis panduan perjalanan berkenaan akan dimuat naik dalam akaun Facebook Kedutaan Malaysia di Yangon tidak lama lagi.
Antara pekara yang perlu diambil perhatian oleh rakyat Malaysia yang hendak ke negara berkenaan ialah mereka perlu mendapatkan visa daripada Kedutaan Myanmar di Malaysia sebelum membuat perjalanan ke Myanmar.
"Mereka yang hendak ke sini (Myanmar) perlu membawa matawang Dolar Amerika sahaja kerana matawang lain tidak diterima di sini termasuk Ringgit Malaysia. Matawang yang hendak dibawa juga perlu berada dalam keadaan yang baik. Untuk makluman juga, tidak semua gedung perniagaan di sini menerima kad kredit," katanya.
Ahmad Faisal berkata semua maklumat seumpama ini akan dimasukkan dalam garis panduan perjalanan itu untuk mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia.
Mengenai Sukan SEA ke-27, Ahmad Faisal berkata Pejabat Kedutaan Malaysia sehingga kini belum diberi taklimat rasmi oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Myanmar (MYASOC) berhubung persiapan Sukan SEA.
"Namun apa yang pasti kawalan keselamatan sepanjang berlangsungnya Sukan SEA akan dipertingkatkan oleh kerajaan Myanmar. Kawalan keselamatan agak ketat terutama di lokasi acara sukan," katanya.
Beliau turut menasihati pengunjung ke negara berkenaan supaya mematuhi segala undang-undang dan menghormati budaya negara itu.
"Pengunjung juga dinasihati hanya menumpukan perhatian kepada bandar-bandar yang menjadi venue pertandingan Sukan SEA sahaja kerana tidak semua tempat di negara ini yang boleh dikunjungi pelancong," katanya.
Selain Yangon dan Nay Pyi Taw, bandar yang turut menjadi venue Sukan SEA kali ini ialah Mandalay dan Ngwe Saung.
Edisi ke-27 Sukan SEA mempertandingkan 33 jenis sukan dan menawarkan 460 pingat emas.
Bernama
Sat Sep 28 2013
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Jenazah Muhammad Izzat selamat dikebumikan
Jenazah mangsa yang dibawa dari Yangon tiba di KLIA kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa pulang ke Kuantan menggunakan van jenazah.
Enam bulan hilang di Makkah, Cikgu Musthafa disahkan meninggal dunia
Penantian selama enam bulan keluarga Musthafa Kamal Abdullah, 49, yang dilaporkan hilang di Makkah berakhir apabila mendapat perkhabaran jemaah berkenaan disahkan meninggal dunia.
Wisma Putra aktifkan 'Operasi Sudan' bersama agensi kerajaan
Wisma Putra juga telah berhubung dengan negara sekutu untuk membantu proses membawa keluar rakyat Malaysia sebaik keadaan mengizinkan.
12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM
Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedutaan Malaysia di Seoul terbakar, tiada kemalangan jiwa
Keadaan itu menyebabkan kira-kira 20 orang terpaksa berpindah.
Sekatan pergerakan di Chile tidak seburuk disangka, kata rakyat Malaysia
Guru bahasa Inggeris yang menetap di Santiago berkata keadaan semasa sekatan pergerakan pertama tahun lalu lebih buruk berbanding sekarang.
'Cabaran Nasi Lemak' di Bangkok ubati kerinduan perantau Malaysia
"Cabaran Jaguh Nasi Lemak" yang pertama kali diadakan di sini, mengubati kerinduan anak rantau Malaysia yang menetap di Thailand terhadap makanan kegemaran rakyat di tanah air itu.
Mangkuk tingkat raya buah tangan istimewa Kedutaan Malaysia di Bangkok sempena Aidilfitri
Rumah Terbuka Hari Raya yang dianjurkan Kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand, sentiasa dinanti-nantikan oleh diaspora dan pelajar Malaysia di negara Gajah Putih itu.
Koronavirus: Pelajar Malaysia di Wuhan tidak sabar pulang ke tanah air
Beberapa pegawai Kedutaan Malaysia di China telah menghubunginya melalui aplikasi WeChat petang Sabtu bagi memaklumkan mengenai perkara tersebut.
Tragedi Sri Lanka: Susulan letupan, orang awam panik, lari bertempiaran
Berdasarkan satu rakaman amatur yang disiarkan agensi antarabangsa, dipercayai dirakam di salah sebuah gereja terbabit, orang awam dilihat berlari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri.