PHNOM PENH: Skuad hoki wanita kebangsaan yang sudah pun mengesahkan tempat di final, mengakhiri saingan liga sepusingan dengan rekod tanpa kalah selepas membelasah Indonesia 6-0 pada aksi terakhir di padang hoki Stadium Nasional Morodok Techo di sini.
Skuad kendalian Mohd Nasihin Nubli Ibrahim bermula garang apabila mendahului 2-0 pada 10 minit pertama selepas Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad meledak gol padang pada minit kedua sebelum Nuramirah Shakirah Zulkifli menyempurnakan pukulan penalti pada minit kesembilan.
Malaysia semakin selesa mendominasi permainan apabila Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin meledak gol ketiga menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-36 dan Nuramirah Shakirah menjadikan kedudukan 4-0 selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-50.
Tidak terhenti di situ, Malaysian Tigress terus menambah derita lawan dengan menjaringkan dua gol dalam tempoh singkat menerusi pukulan penalti Nur Afiqah Syahzani Azhar dan pukulan sudut penalti Khairunnisa Ayuni, masing-masing pada minit ke-55.
Kejayaan membelasah Indonesia merupakan kemenangan keempat berturut-turut anak buah Mohd Nasihin menjelang pertembungan final berdepan Thailand, esok.
Selepas empat perlawanan, Malaysia berada di kedudukan teratas mengumpul 12 mata diikuti Thailand kedua (enam mata), Singapura ketiga (lima mata) sementara Indonesia dan Kemboja masing-masing berkongsi dua mata di tempat keempat dan kelima.
"Untuk aksi final esok, strategi kedua-dua pasukan pastinya telah diketahui, namun kami akan merancang satu strategi lain dan yang terbaik untuk final.
"Saya amat berharap pemain akan mencurahkan segalanya pada aksi terakhir esok kerana ia merupakan perlawanan paling dinantikan semua," kata Mohd Nasihin selepas perlawanan di sini.
Sebagai rekod, pasukan hoki wanita negara memenangi emas pada edisi 2017 sebelum sukan itu tidak dipertandingkan pada edisi 2019 di Filipina dan 2021 di Vietnam.
Dalam pada itu, Thailand yang telah mengesahkan tempat di final lebih awal tewas 0-1 di tangan Singapura pada satu lagi aksi terakhir saingan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023
Skuad hoki wanita kebangsaan yang sudah pun mengesahkan tempat di final, mengakhiri saingan liga sepusingan dengan rekod tanpa kalah selepas membelasah Indonesia 6-0 pada aksi terakhir di padang hoki Stadium Nasional Morodok Techo. - Foto FB MHC
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Piala Dunia: Skuad hoki 5s wanita Malaysia keenam terbaik di Oman
Skuad hoki lima sebelah (5s) wanita negara terpaksa berpuas hati menutup kempen Kejohanan Hoki 5s Piala Dunia 2024 di kedudukan keenam.
Piala Dunia: Skuad hoki 5s wanita negara belasah Oman 10-0
Skuad hoki lima sebelah (5s) wanita negara mempamerkan permulaan meyakinkan pada kempen Piala Dunia Hoki 5s 2024 apabila membelasah tuan rumah Oman 10-0 pada aksi Kumpulan A di Muscat, hari ini.
ACT 2023: Skuad hoki wanita akhiri kempen di tempat kelima
Lakar kemenangan 1-0 ke atas Thailand dalam perlawanan klasifikasi tempat kelima dan keenam di Ranchi, India.
Jaringan Nuraini bawa Malaysian Tigress raih tempat kelima, dapat slot kelayakan Olimpik
Jaringan lewat permainan Nuraini Abdul Rashid berjaya membantu skuad hoki wanita negara menutup kempen Sukan Asia di tempat kelima.
Sukan SEA: Skuad hoki wanita di tahap terbaik hadapi final
Skuad hoki wanita kebangsaan mengakhiri saingan liga sepusingan dengan rekod tanpa kalah selepas membelasah Indonesia 6-0 pada aksi terakhir di padang hoki Stadium Nasional Morodok Techo.