awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028

Faida Rahim
Faida Rahim
16/10/2023
12:25 MYT
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai, India pada Isnin.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai, India pada Isnin.
Selain skuasy, kriket, besbol dan sofbol, lacrosse serta flag football juga antara sukan yang mendapat sokongan daripada Lembaga Eksekutif IOC.
Dalam pada itu, Persekutuan Skuasy Dunia (WSF), Skuasy AS dan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) berbesar hati dengan keputusan IOC memilih skuasy untuk dipertandingkan di LA 28.
Keputusan penting ini memberi peluang kepada atlet skuasy bertaraf dunia untuk bersaing di pentas sukan terbesar di dunia, dengan menawarkan dua pingat emas menerusi acara perseorangan lelaki dan wanita.
Juara individu Sukan Asia, Ng Eain Yow dan S. Sivasangari yang berusia 30 dan 29 tahun menjelang 2028 dijangka berada di puncak karier skuasy ketika itu.
Presiden WSF, Zena Wooldridge memaklumkan beliau gembira dengan penglibatan skuasy dalam Sukan Olimpik LA28 serta menyifatkan skuasy sebagai sukan yang sangat dinamik dan mencabar serta sesuai untuk kejohanan Olimpik.
Topic Berkaitan
#Mumbai
#Olimpik
#Skuasy
#Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan