awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukar halang Hazard tinggalkan Chelsea - Pengurus

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
09/04/2019
03:17 MYT
Sukar halang Hazard tinggalkan Chelsea - Pengurus
Eden Hazard dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid. -Foto Stadium Astro
PENGURUS Chelsea, Maurizio Sarri akan menghormati keputusan penyerang pasukan itu, Eden Hazard jika dia mahu mencari cabaran baharu di kelab lain.
“Jika Eden mahu pengalaman beraksi di tempat lain, amat sukar untuk menghalangnya,” kata Sarri kepada Sky Sports.
Menurut Sarri lagi, pihak pengurusan kelab turut berkongsi pandangan yang sama dengannya mengenai Hazard.
Hazard menjaringkan dua gol awal pagi Selasa untuk membantu pasukan itu menewaskan West Ham 2-0.
Salah satu gol yang dijaringkannya adalah pilihan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, apabila Hazard melakukan satu gerakan solo menarik dengan menggelecek empat pemain West Ham sebelum melepaskan rembatan yang menewaskan penjaga gol Hammers, Lukasz Fabinaski.
Pada Isnin, laporan media Sepanyol menyatakan Real Madrid sedia membayar £100 juta (kira-kira RM536,000) untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Belgium berusia 28 tahun itu.
Chelsea berdepan masalah untuk mencari pengganti apabila digantung daripada sebarang urusan pengambilan pemain baharu oleh FIFA hingga Januari 2020 berikutan penyiasatan badan itu terhadap Chelsea yang melanggar peraturan menandatangani pemain asing bawah usia 18 tahun.
Kehilangan Hazard bakal memberi implikasi besar kepada pasukan itu jika rayuan terhadap penggantungan itu tidak diterima FIFA.
Pada perlawanan awal pagi Selasa, Chelsea menewaskan West Ham 2-0 untuk melonjak ke tangga ketiga liga dengan 66 mata, tiga mata di hadapan Tottenham Hotspur di tempat keempat.
Topic Berkaitan
#Chelsea
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Maurizio Sarri
#Real Madrid
#transfer window
#West Ham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan