KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengakui sukar bagi kontinjen Malaysia mencapai sasaran 40 pingat emas pada temasya Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja.
Mohamad Norza bagaimanapun yakin sekiranya kontinjen negara meningkatkan prestasi sudah pasti mereka mampu melakukan magis bagi menambah koleksi pingat emas sedia ada memandangkan temasya dwitahunan itu berbaki empat hari lagi sehingga Rabu ini.
"Saya rasa susah tapi seperti dekat-dekat sama macam situasi dekat Hanoi (Sukan SEA Hanoi, Vietnam pada tahun lepas).
Saya berharap baki hari yang tinggal ini mereka mampu untuk bekerja lebih keras bagi memastikan kita mampu menambah lagi pingat emas," katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (BAM) di sini hari ini.
Malaysia ketika ini berada di tangga ketujuh carta pingat setakat 4 petang tadi dengan memungut 28 pingat emas, 36 perak dan 66 gangsa berbanding dengan sasaran 40 emas, 37 perak dan 64 pingat gangsa.
Selain itu, Mohamad Norza berpendapat Malaysia kini seharusnya fokus kepada sukan yang menawarkan lebih banyak pingat emas seperti olahraga dan renang ketika menyertai temasya sukan.
"Saya rasa skuad olahraga mempamerkan peningkatan di temasya kali ini. Kali terakhir di Hanoi mereka tidak berada pada prestasi sebenar dan kali ini kita lihat atlet muda, mereka menyumbang pingat emas.
Bagaimanapun untuk renang, ia berbeza. Jadi saya harap Renang Malaysia boleh melakukan sesuatu selepas ini. Hal ini kerana bila kita menyertai temasya sukan banyak emas akan hadir dari renang dan olahraga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023

Mohamad Norza yakin sekiranya kontinjen negara meningkatkan prestasi sudah pasti mereka mampu melakukan magis bagi menambah koleksi pingat emas sedia ada. - Gambar fail

Negara di landasan tepat jayakan agenda pembangunan demi rakyat - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa negara kini berada di landasan yang tepat bagi menjayakan agenda pembangunan.

Hanya 239 hari sebelum Beta balik ke Pahang - Al-Sultan Abdullah
Seri Paduka menzahirkan kesyukuran kerana berjaya melaksanakan amanah besar memayungi Malaysia selama hampir lima tahun lamanya.

839 terima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023, ini antara senarainya
Seramai 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Agihan kerusi PRN Pulau Pinang 95 peratus selesai
Proses pengagihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Pulau Pinang sudah 95 peratus selesai.

Gabungan formula taruhan PH-BN, bukan hanya status quo - Mahfuz
Mahfuz berkata, rundingan akhir kini hanya melibatkan empat kerusi atau sekitar 10 peratus yang masih belum dimuktamadkan.

Kit Siang dapat Tan Sri, Mohd Puad ucap tahniah
"Setinggi tahniah. Itu satu pengiktirafan. Dia bersara politik dengan happy ending."

Kerajaan tidak benarkan sistem beraja diperolok atas nama kebebasan - PM Anwar
Kerajaan tidak akan bertolak ansur atau membenarkan sistem beraja diperolok dan diganggu-gugat atas nama kebebasan di negara ini, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan bakal luncur tiga dasar negara, depani cabaran dunia
Dasar itu merangkumi Pelan Perindustrian Negara, Kajian Separuh Penggal RMK12, dan Belanjawan MADANI kedua.

Disangka guni, rupanya bangkai penyu terikat pada batu
Nor Shazwa berkata ini pengalaman pertama melihat penyu, namun sedih kerana haiwan itu seolah sengaja dibunuh.

Lori bawa penumpang terbalik, 25 maut termasuk pemain, penyokong bola sepak
Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di Karonga, sebuah daerah di utara Malawi, pada Sabtu.

Badminton Asia, BAM tandantangan MoU bawa badminton ke tahap lebih tinggi
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Badminton Asia hari ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk menggalakkan dan memudahkan kemajuan dalam pembangunan sukan badminton.

BAM hantar pemain timba ilmu di Akademi Li Yongbo, China
BAM akan menghantar pemainnya berkelana menimba ilmu di Akademi Badminton Li Yongbo di Dongguan, China bagi meningkatkan prestasi skuad negara khususnya dalam acara perseorangan.

Sukar namun yakin Malaysia mampu capai sasaran 40 pingat emas di Kemboja - Norza
Temasya dwitahunan itu berbaki empat hari lagi sehingga Rabu ini.

Pamer aksi konsisten buru mata kelayakan ke Olimpik 2024 - Norza
Pihaknya sentiasa memberikan sokongan sewajarnya tanpa mengira sama ada pemain bernaung di bawah BAM atau bergerak secara profesional.

Sukan SEA: Skuad muda perlu tampil aksi terbaik tandingi kehebatan senior
Mohamad Norza berkata ia selari dengan matlamat badan itu untuk memantapkan pembangunan atlet muda dari peringkat akar umbi.

Norza dilantik sebagai Presiden Kehormat Badminton Asia
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, dipilih sebagai Presiden kehormat Badminton Asia (BA) bagi penggal 2023-2027.

Pembentukan 'Road to Gold' tindakan proaktif, berani - Presiden MOM
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melihat pembentukan projek 'Road To Gold' (RTG) sebagai tindakan proaktif dan berani.

Legenda mungkin bersama skuad negara pada kejohanan - Presiden BAM
Buat masa ini, tujuh bekas pemain negara itu tidak boleh campur tangan dalam proses pemilihan pemain.

Belanjawan 2023: Dana geran padanan untungkan sukan negara - MOM
Penyediaan dana geran padanan berjumlah RM50 juta yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023 hari ini bakal menguntungkan industri sukan negara.

MOM hormati FAM tak hantar skuad B-23 ke Sukan Asia
MOM belum mengadakan perbincangan lanjut berhubung keputusan berkenaan dengan FAM.