awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan bom: Polis nasihat rakyat tangguh perjalanan ke wilayah selatan Thailand
JAKIM, pihak berkuasa pastikan 'Glamping With Pride' tidak diteruskan - Zulkifli
Insiden letupan: Help University, pihak berkuasa kerjasama kenal pasti punca
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukma 2020: Angkat berat perlu dipertandingkan?

Astro Arena
Astro Arena
12/09/2019
14:16 MYT
Sukma 2020: Angkat berat perlu dipertandingkan?
Atlet dan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang dalam memastikan skuad negara bebas daripada penggunaan bahan terlarang.
PEMENANG pingat emas Sukan Komanwel Gold Coast 2018, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad, antara lima nama yang lulus ujian doping, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap Jawatankuasa Penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) sama ada angkat berat akan dipertandingkan dalam edisi di Johor tahun depan atau tidak?
Atlet dan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang dalam memastikan skuad negara bebas daripada penggunaan bahan terlarang.
Ia jelas terbukti apabila sampel air kencing lima atlet kebangsaan, yang turut membabitkan dua pemenang pingat emas Sukan Komanwel, Azroy dan Aznil Bidin, menghasilkan keputusan negatif.
Perkembangan itu bermakna angkat berat patut dipertandingkan dalam Sukma Johor tahun depan selepas lebih setahun diletakkan dalam senarai menunggu.
"Saya merayu kepada MSN (Majlis Sukan Negara) dan menteri, Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) untuk mempertimbangkan hal ini," kata Azroy.
Kebanyakan atlet negara masih menjalani latihan pusat di Kuala Rompin, Pahang menjelang Kejohanan Dunia di Thailand bermula 26 September ini.
"Apabila tindakan mengejut yang dilakukan dan dibuktikan dengan ujian yang negatif, ia membuktikan bahawa kami berpegang dengan apa yang kami janjikan dan mahu menuntut agar sukan angkat berat dipertandingkan dalam Sukma," kata Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat.
Topic Berkaitan
#angkat berat
#Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad
#bebas dadah
#doping
#sukan
#Sukan Malaysia
#SUKMA
#Sukma Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan