awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan

Bernama
Bernama
16/07/2024
14:03 MYT
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Abdul Karim berkata Hannah Yeoh akan mempengerusikan mesyuarat SUKMA peringkat kebangsaan itu dan bakal membuat keputusan berhubung status sepak takraw wanita. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata hanya Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sabah dan tuan rumah Sarawak mengesahkan penyertaan untuk acara itu, sedangkan syarat minimum SUKMA sesuatu acara itu perlu disertai sekurang-kurangnya enam pasukan.
"Hanya lima negeri sudah mendaftar untuk acara sepak takraw wanita dan ini tidak dapat memenuhi keperluan minimum enam pasukan. Kita akan ada mesyuarat SUKMA peringkat kebangsaan pada 18 Julai ini dan masih ada harapan untuk mengekalkan acara ini (untuk dipertandingkan)," katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk SUKMA Sarawak 2024 di sini hari ini, beliau berkata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mempengerusikan mesyuarat SUKMA peringkat kebangsaan itu dan bakal membuat keputusan berhubung status sepak takraw wanita.
Dalam pada itu, beliau mengumumkan hingga 5 Julai lepas, seramai 7,801 atlet sudah mendaftarkan diri untuk bertanding dalam 488 acara dari 37 jenis sukan pada temasya terbesar negara itu yang akan berlangsung di sembilan bahagian di Sarawak dari 17-24 Ogos ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#usahawan
#SUKMA
#sepak takraw wanita
#peringkat kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan