awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukma MSN: Tiga kes positif doping babitkan atlet angkat berat - Adamas

Astro Arena
Astro Arena
19/09/2022
23:00 MYT
Sukma MSN: Tiga kes positif doping babitkan atlet angkat berat - Adamas
AZURA: Memang agak kecewa juga kerana di samping program-program pendidikan yang telah kami lakukan, ia berlaku juga. - Foto Astro ARENA
KUALA TERENGGANU: PENGARAH Agensi Anti-doping Malaysia (Adamas), Azura Abidin, mengesahkan terdapat tiga kes positif doping membabitkan atlet angkat berat dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2022 di Majlis Sukan Negara (MSN).
Menurutnya, ujian antidoping itu dilakukan di luar pertandingan terhadap atlet-atlet sebelum bertanding dalam temasya itu.
Adamas ebelum ini lantang berkempen mengenai 'Dasar Toleransi Sifar" sebagai polisi menentang penggunaan bahan terlarang dalam sukan, khususnya angkat berat, tetapi masih ada kes positif membabitkan sukan berkenaan.
Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan badan itu, seramai tiga atlet muda didapati menggunakan bahan terlarang, iaitu Metandienone, Tebutaline dan Oxymetholone.
BACA: Atlet angkat berat gagal ujian doping sebabkan penggantungan persatuan di Sukma
BACA: Hapus doping sebelum senarai semula angkat berat dalam sukan teras - Ahmad Faizal
BACA: PABM tarik diri kendali Sukma
Menurut laporan Nadi Arena, ketiga-tiga atlet berkenaan sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan diberikan tempoh 14 hari untuk memberikan maklum balas atau memilih untuk melakukan ujian sampel B.
"Sebenarnya, sebelum kejohanan angkat berat bersempena Sukma ini diadakan, kami telah diminta untuk melakukan satu ujian saringan luar kejohanan bagi atlet angkat berat dari setiap negeri," kata Azura kepada wartawan Nadi Arena, Karl Nunis.
"Selepas kami membuat saringan itu, kami telah mendapat keputusannya dan ada tiga kes (positif).
"Satu kes melibatkan atlet Perlis dan dua kes melibatkan atlet dari Terengganu.
"Ketiga-tiganya adalah atlet lelaki dan ada seorang berusia 16 tahun dan dua orang berusia 23 tahun.
"Memang agak kecewa juga kerana di samping program-program pendidikan yang telah kami lakukan - bukan hanya buat atlet angkat berat tetapi buat kesemua atlet yang terlibat dalam Sukma kali ini - di dalam peraturan antidoping dunia, prinsip kebertanggungjawaban penuh terhadap apa juga bahan-bahan yang diambil atau kaedah-kaedah yang digunakan adalah tertakluk di bawah diri sendiri.
"Tidak kira ia didapati daripada jurulatih atau orang luar, dibeli secara atas talian dan sebagainya, atlet tetap bertanggungjawab sepenuhnya atas segala yang mereka lakukan," katanya.
3 Atlit didapati terlibat dengan penggunaan bahan terlarang dalam sukan.... pic.twitter.com/q2eJ7325Lh
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 19, 2022
Topic Berkaitan
#Sukma MSN
#atlet angkat berat
#bahan terlarang
#doping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan