Empat rekod kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) tercipta pada edisi ke-19 Perak melibatkan sukan menembak yang membuka tirainya di Kompleks Menembak Darul Ridzuan, Chepor dan sukan angkat berat pada hari kelima temasya berlangsung.
Pujian perlu diberikan kepada atlet muda berusia 18 tahun, Nur Izazi Rosli dari Wilayah Persekutuan, yang hampir memadam rekod kebangsaan milik atlet menembak kebangsaan, Suryani Mohd Taibi, dalam acara 10 meter Air Rifle wanita selepas mengutip 623.3 mata berbanding rekod sebelum ini 624.5 mata.
Trio 10m Air Rifle berpasukan wanita Perak turut memperbaharui rekod kejohanan menerusi Nur Fatin Syairah Abdul Lathif, Sharifah Noor Ellyana Syed Abdul Hamid, Nurul Athirah Huzaimi dengan bidikan 1,829.8 mata berbanding rekod 1,226.8 mata dua tahun lalu di Sukma Sarawak yang dilakukan oleh pasukan menembak dari negeri yang sama.
Penembak dari Terengganu, Muhammad Qamarul Naim Abu Aziz turut memecah rekod Sukma acara 50m pistol lelaki dengan bidikan 541 mata memadam rekod 540 mata yang dilakukan oleh Muhamad Muhaithir Johari (Pahang) pada 2012 dan Jasmi Mohamad Zin (Negeri Sembilan) pada 2014.
Saingan hari kedua acara angkat berat turut menyaksikan badang wanita Sabah, Elly Cascandra Engelbert memecah rekod kejohanan bagi kategori 53kg acara Clean and Jerk di Dewan Merdeka Majlis Daerah Tapah.
Beliau melakukan angkatan bebanan 92kg pada percubaan ketiga, sekali gus memadamkan catatan 90kg yang dilakukan bekas atlet kebangsaan Raihan Yusoff dari Kelantan pada Sukma Terengganu 2008 bagi acara Clean and Jerk.
Sementara itu, atlet berbasikal Terengganu, Nur Aisyah Mohamad Zubir menambah koleksi pingat emas peribadinya bagi acara kriterium wanita melibatkan jarak 50km.
Beliau sebelum ini telah memenangi pingat emas dalam acara lepas beramai-ramai dan menjuarai perlumbaan ujian masa individu.
Atlet tenpin boling Sarawak turut cemerlang menyapu bersih kutipan dua pingat emas masing-masing menerusi Nur Hazirah Ramli dan Gillian Lim Siew Giok bagi acara beregu wanita dan Abang Afiq Yazid Abang Azman-Christopher Tiong Lee Siong dalam beregu lelaki.
Secara keseluruhan Terengganu kekal mengungguli kutipan pingat pada hari kelima temasya dengan 13 pingat emas, 12 pingat perak dan 15 pingat gangsa diikuti Pulau Pinang, 12 pingat emas, sembilan pingat perak dan enam pingat gangsa manakala Wilayah Persekutuan di tangga ketiga dengan 12 pingat emas, tujuh pingat perak dan 11 pingat gangsa. -- Bernama
Bernama
Sat Sep 15 2018
Atlet menembak Wilayah Persekutuan Nur Izazi Rosli beraksi pada 10m Air Rifle Wanita Individu Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Kompleks Menembak Darul Ridzuan pada Sabtu. - BERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Sukma Perak: Empat rekod dicipta pada hari kelima
Empat rekod itu melibatkan sukan menembak dan angkat berat.