Penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh mengakui terpaksa bekerja lebih keras bagi memastikan prestasinya setanding dengan gandingannya, Ooi Tze Liang dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki pada Kejohanan Terjun Grand Prix Kuala Lumpur, yang berakhir hari ini.
Gandingan negara itu mempamerkan aksi memberangsangkan apabila berjaya meraih pingat emas selepas merekodkan 368.64 mata.
Muhammad Syafiq berkata beliau mengambil masa sebulan untuk berlatih darjah kesukaran yang lebih tinggi dari 3.0 kepada 3.5 meter bagi persediaan menghadapi kejohanan ini.
"Memang mencabar apabila saya cuba tingkatkan darjah kesukaran tapi ia berbaloi apabila usaha saya itu berjaya meraih pingat emas.
"Langkah tingkatkan darjah kesukaran itu inisiatif saya untuk berada setanding dengan pasangan saya, Tze Liang. Memang agak sukar tapi ia perlu bagi peningkatan prestasi saya," katanya kepada pemberita di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Pingat perak acara itu diraih pasangan Singapura, Timothy Lee-Mark Lee (350.73) manakala pingat gangsa menjadi milik Hrvoje Brezovac-Juraj Melsa dari Croatia (336.06).
Sementara itu, Tze Liang berpuas hati dengan pingat emas keduanya pada kejohanan kali ini dan beliau percaya penglibatannya di saat kebanyakan atlet senior direhatkan daripada sebarang kejohanan memberi pengalaman berharga buatnya.
"Dua pingat emas kali ini, saya puas hati. Ini pengalaman bermakna untuk saya beraksi pada siri kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun, tahun depan," katanya.
Antara kejohanan kelayakan ke Sukan Olimpik yang bakal disertainya adalah Kejohanan Terjun Dunia pada Julai tahun depan di Gwangju, Korea Selatan dan Piala Dunia Terjun 2020.
Untuk rekod, pada Grand Prix KL kali ini, Tze Liang meraih pingat emas acara 3m papan anjal lelaki pada Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 10 2018
Muhammad Syafiq berkata beliau mengambil masa sebulan untuk berlatih darjah kesukaran yang lebih tinggi dari 3.0 kepada 3.5 meter bagi persediaan menghadapi kejohanan ini. - Instagram Instagram @syafiq_leonada
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
MotoGP: Jorge Martin akhiri musim penuh gaya bergelar juara
Jorge Martin berjaya mengakhiri perlumbaan di podium tertinggi kejuaraan berprestij itu.
PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.
MotoGP: Bagnaia pecahkan rekod sepusingan SIC, duduki petak pertama
Juara Dunia Francesco Bagnaia yang sekali lagi mencatatkan rekod baharu sepusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
Rasuah: Bekas Menteri Pengangkutan Singapura kembali ke tanah air
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran sudah kembali semula ke tanah air dan turut menyerahkan pasport miliknya.
Moto GP 2024 di Argentina dibatalkan akibat krisis ekonomi
Moto GP Argentina 2024 terpaksa dibatalkan berikutan krisis ekonomi yang melanda negara itu.
Verstappen unggul tawan GP F1 Las Vegas
Max Verstappen merangkul kemenangan ke-18 musim ini ketika dia dikenakan penalti lima saat untuk mengungguli Grand Prix (GP) Las Vegas.
MotoGP: Penjualan tiket capai 85 peratus!
Persediaan lebih awal yang dilakukan, disokong sambutan hangat peminat, menyaksikan edisi kali ini lebih meriah berbanding sebelumnya.
Pengunjung diminta patuh peraturan keselamatan sepanjang GP Malaysia 2023
Pengunjung perlumbaan GP Malaysia 2023 di SIC yang akan berlangsung esok hingga Ahad ini dinasihatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak polis dan penganjur acara berkenaan.