awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Azmir sedia tanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden PSM

Bernama
Bernama
08/06/2025
21:15 MYT
Syed Azmir sedia tanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden PSM
Syed Azmir aktif dalam pentadbiran sukan sejak 1995 dan menyertai PSM sejak 2006. Beliau kini menerajui PSTPs sebagai Presiden bagi penggal 2025 hingga 2027. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Sepaktakraw Perlis (PSTPs), Syed Azmir Syed Ahmad menyatakan kesediaan untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, 29 Jun ini.
Bagaimanapun, pencalonan itu bergantung kepada keputusan penyandang jawatan, Datuk Mohd Sumali Reduan, sama ada beliau akan mempertahankan kedudukan tersebut atau tidak.
Menurut kenyataan PSTPs hari ini, pihaknya yakin dengan kemampuan dan pengalaman Syed Azmir dalam arena sukan sepak takraw sejak hampir tiga dekad, menjadikannya calon yang layak mengisi jawatan nombor satu sekiranya ia dikosongkan.
"Syed Azmir aktif dalam pentadbiran sukan sejak 1995 dan menyertai PSM sejak 2006. Beliau kini menerajui PSTPs sebagai Presiden bagi penggal 2025 hingga 2027.
"Namun, jika Datuk Mohd Sumali mengesahkan untuk bertanding semula, Syed Azmir akan memberi laluan dan sebaliknya mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PSM," katanya.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa Syed Azmir yakin mampu membawa pembaharuan dan memperkukuh profesionalisme dalam pentadbiran PSM jika diberi mandat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#syed azmir syed ahmad
#tanding jawatan
#Presiden PSM
#Persatuan Sepaktakraw Malaysia
#agm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan