Wakil Liga Super, T-Team menjadi pasukan terbaharu mengesahkan slot ke suku akhir Piala Malaysia selepas menang tipis 1-0 ke atas Kedah dalam aksi kelima Kumpulan A di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.
Jaringan Maiga Abdoulaye Youssouf pada minit ke-58 sudah mencukupi untuk skuad The Titan mengiringi Kedah ke suku akhir.
Kedah sebelum ini telah menempah slot ke suku akhir selepas mengutip 10 mata daripada empat perlawanan.
Satu lagi aksi Kumpulan A menyaksikan Sarawak dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) seri 1-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching.
Pemain tengah Nur Shamie Iszuan Amin meletakkan Sarawak di hadapan pada minit ke-14 sebelum Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak menyamakan kedudukan untuk JDT II pada minit ke-41.
Dalam pada itu, perebutan slot ke suku akhir bagi Kumpulan C kembali terbuka setelah pendahulu kumpulan, Perak tewas 1-2 kepada PKNS FC di Stadium Shah Alam manakala juara Piala FA, Johor Darul Ta'zim (JDT) menang selesa 4-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Pada aksi di Shah Alam, Shahrul Saad membuka tirai jaringan untuk Perak pada minit ke-26 sebelum PKNS FC bangkit pada babak kedua menerusi sentuhan penyudah dua pemain importnya, Juan Manuel Cobelli pada minit ke-51 dan Matias Hadwa pada minit ke-81.
Terdahulu, Perak terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah D. Kenny Pallraj dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain PKNS FC.
Di Larkin, JDT menang selesa 4-1 ke atas PDRM hasil jaringan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-23 dan 29 serta Mohd Nazrin Nawi pada minit ke-53 dan 60.
Guilherme de Paula menjaringkan gol saguhati untuk PDRM pada masa tambahan babak pertama perlawanan.
Bernama
Sun Aug 14 2016
Pemain pasukan Kedah, Baddrol Bakthiar (kanan) mengasak pemain pasukan T-Team, Mohd Akhir Bahari pada perlawanan Piala Malaysia antara Kedah menentang T-Team di Stadium Darul Aman. - Foto Bernama
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
Tiada lagi ulang tayang Piala FA
Semua video ulang tayang perlawanan Piala FA dari perlawanan pusingan pertama akan dibatalkan mulai musim depan.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.