Wakil kelab Terengganu, T-Team meraih kemenangan kesembilan dalam saingan Liga Perdana musim ini setelah melakar kemenangan selesa 4-1 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.
Keputusan tersebut menyaksikan skuad 'The Titans' terus memimpin carta Liga Perdana dengan kutipan 29 mata, sekali gus meninggalkan pencabar terdekat Pulau Pinang dengan kelebihan empat mata selepas 12 perlawanan.
Empat gol T-Team dijaringkan oleh Ahmad Takhiyuddin Roslan pada minit keempat, Farhod Tadjiev (21'), Mohd Norhakim Hassan (35') dan Josip Milardovic pada minit ke-52.
Gol tunggal Kuala Lumpur dihasilkan oleh Modibo Konte pada minit ke-68 untuk melakarkan kekalahan ketujuh musim ini dengan hanya mengutip 11 mata.
Pulau Pinang pula memintas kedudukan Sabah di tangga kedua liga setelah mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas SPA Putrajaya FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Empat gol skuad Harimau Kumbang dijaringkan oleh Elias Sulaiman pada minit ke-59, Mat Saiful Mohamad (69') sebelum penyerang import dari Brazil, Alberto Goncalves meledak dua jaringan iaitu menerusi sepakan penalti pada minit ke-87 dan jaringan kedua, selang dua minit kemudian.
Gol tunggal pasukan pelawat disumbang oleh pemain import dari Rusia, Rodion Sergeyevich Dyachenko pada minit ke-79.
Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, pasukan Kedah bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum mengalahkan UiTM FC 3-1.
Raslam Khan Abd Rashid meletakkan UiTM FC di hadapan pada minit ke-36 sebelum skuad Helang Merah bangkit meledak tiga gol menerusi Mohd Syafiq Ahmad pada minit ke-51 dan 54' dan gol pemain tengah, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-62.
Turut meraih tiga mata penuh adalah wakil kelab Lembah Klang, PKNS FC yang meraih kemenangan tipis 3-2 ke atas juara Liga FAM 2014, Kuantan FA dari Pahang pada aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Tiga gol PKNS FC dijaringkan oleh P.Gunalan pada minit ke-48 selain dua jaringan pemain import dari Argentina, Gabriel Guerra pada minit ke-64 dan 67.
Kuantan FA pula meraih gol menerusi Muhammad Razren Jesni pada minit ke-35 dan Muszaki Abu Bakar pada masa kecederaan separuh masa kedua perlawanan.
Dalam pada itu, pertemuan Sabah dan Negeri Sembilan di Stadium Likas, Kota Kinabalu dan perlawanan Johor Darul Ta'zim II menentang DRB Hicom FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Baharu masing-masing berakhir dengan keputusan seri 2-2.
Astro Arena
Mon Jun 22 2015
Keputusan tersebut menyaksikan skuad 'The Titans' terus memimpin carta Liga Perdana dengan kutipan 29 mata, sekali gus meninggalkan pencabar terdekat Pulau Pinang dengan kelebihan empat mata selepas 12 perlawanan.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.