awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kolaborasi Agung: Idea yang belum jelas bentuk dan arah tuju - Fadhli Shaari
Taekwondo: Korea Selatan hasrat kerjasama dengan Korea Utara bagi penyenaraian UNESCO
Sekolah ditutup susulan gelombang sejuk landa China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taekwondo: Korea Selatan hasrat kerjasama dengan Korea Utara bagi penyenaraian UNESCO

Bernama
Bernama
19/01/2026
11:32 MYT
Taekwondo: Korea Selatan hasrat kerjasama dengan Korea Utara bagi penyenaraian UNESCO
Korea Selatan merancang kerjasama dengan Korea Utara untuk mendapatkan pengiktirafan UNESCO bagi seni mempertahankan diri tradisional taekwondo sebagai warisan budaya tidak ketara bersama. - Gambar hiasan/ unsplash.com
SEOUL: Korea Selatan berhasrat bekerjasama dengan Korea Utara bagi mendapatkan pengiktirafan UNESCO untuk seni mempertahankan diri tradisional taekwondo sebagai warisan budaya tidak ketara bersama, kata pegawai pada Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap.

Ringkasan AI
  • Korea Selatan merancang kerjasama dengan Korea Utara untuk mendapatkan pengiktirafan UNESCO bagi seni mempertahankan diri tradisional taekwondo sebagai warisan budaya tidak ketara bersama.
  • Langkah ini diambil selepas Korea Utara mengemukakan permohonan mereka sendiri pada Mac 2024, dengan keputusan dijangka diumumkan pada sesi ke-21 jawatankuasa berkenaan di Xiamen, China.
  • Jika berjaya, taekwondo akan menjadi item warisan budaya tidak ketara UNESCO keenam Korea Utara, setelah senarai sedia ada termasuk lagu rakyat "Arirang" hingga tradisi pembuatan kimchi dan "ssireum".

Jawatankuasa Warisan Budaya, sebuah badan penasihat kepada Perkhidmatan Warisan Korea (KHS), memilih taekwondo untuk pencalonan bersama atau peluasan penyenaraian dalam Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO pada satu mesyuarat baru-baru ini, menurut KHS.
"Kami merancang untuk mengemukakan permohonan kepada Jawatankuasa Antara Kerajaan UNESCO bagi Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara selewat-lewatnya pada Mac," kata seorang pegawai KHS yang enggan dinamakan.
Langkah itu dibuat selepas Pyongyang mengemukakan permohonannya sendiri pada Mac 2024.
Semakan terhadap bidaan Korea Utara kini sedang dijalankan, dengan keputusan muktamad dijangka diumumkan semasa sesi ke-21 jawatankuasa berkenaan di Xiamen, China, dari 30 Nov hingga 5 Dis.
Jika berjaya, ia akan menjadi penyenaraian warisan bersama kedua antara kedua-dua Korea selepas gusti tradisional Korea, "ssireum," disenaraikan secara bersama pada 2018.
Bagi Korea Utara, taekwondo akan menjadi item warisan budaya tidak ketara UNESCO keenamnya sekiranya diluluskan. Senarai sedia ada termasuk lagu rakyat "Arirang" (2014), pembuatan kimchi (2015), "ssireum" (2018), "adat Pyongyang Raengmyon" (mi sejuk) (2022) dan "adat pakaian Korea: pengetahuan tradisional, kemahiran dan amalan sosial" (2024).
Korea Selatan pula kini mempunyai 23 item dalam senarai UNESCO, daripada "Jongmyo Jeryeak," muzik orkestra agung yang dipersembahkan dalam ritual di kuil Konfusian diraja yang disenaraikan pada 2001, hingga tradisi pembuatan sos kacang soya tapai, disenaraikan sebagai "pengetahuan, kepercayaan dan amalan berkaitan pembuatan jang."
Seoul juga sedang berusaha untuk menyenaraikan pengetahuan dan kemahiran tradisional berkaitan penghasilan "hanji," atau kertas tradisional Korea, tahun ini.
Satu lagi calon, "Budaya Ginseng: Budaya Memelihara dan Menghargai Alam Semula Jadi dan Keluarga (Komuniti)," dijadualkan untuk penilaian pada 2028.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#Korea Selatan
#Unesco
#taekwondo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan