awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Switzerland berkabung kenang mangsa kebakaran bar pada malam Tahun Baharu
Lebih RM600,000 dibelanjakan bagi pendidikan di Parlimen Hang Tuah
Ngauman harimau di Proton CIty, Perhilitan hantar petugas untuk pantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taekwondo: Sara mahu kekal prestasi terbaik

Astro Arena
Astro Arena
29/05/2019
08:19 MYT
Taekwondo: Sara mahu kekal prestasi terbaik
Sara Yap memasang misi untuk meraih pingat emas dalam Sukan SEA Filipina. - Foto Stadium Astro
Atlet taekwondo negara, Sara Yap, memasang misi untuk meraih pingat emas dalam Sukan SEA Filipina, November depan selepas membawa khabar gembira dalam Kejohanan Kesatuan Taekwondo Asia, baru-baru ini.
Sara pulang daripada kejohanan di Filipina itu dengan kilauan pingat emas kategori berpasangan campuran.
Penglibatannya dalam kejohanan itu sedikit-sebanyak memberikan bayangan tentang cabaran yang akan dihadapinya dalam Sukan SEA.
Baginya, jika dia dan pasangannya, Yong Jin Kun, berada dalam keadaan terbaik, mereka mampu untuk mengekalkan pingat emas yang dimenangi dalam temasya di Kuala Lumpur dua tahun lalu.
"Secara amnya, semua negara yang bertanding dalam Sukan SEA ada di sana, jadi kami dapat melihat siapa pesaing yang akan menanti kami.
"Saya melakukannya dengan baik dan meraih pingat emas dalam acara berpasangan campuran.
"Kami akan berusaha untuk mengekalkannya sehingga Sukan SEA," katanya.
Selain persiapan menjelang Sukan SEA, Sara turut meletakkan fokus untuk menghadapi Kejohanan Antarabangsa Terbuka Korea Selatan, Julai ini.
"Ia amat baik setakat ini.
"Sekarang kami sedang menguatkan kondisi dan selepas sambutan hari raya, kami mungkin akan mengubah sedikit program latihan.
"Ia akan menjadi lebih intensif menjelang Terbuka Korea," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Kesatuan Taekwondo Asia
#Sara Yap
#Sukan SEA Filipina
#taekwondo
#Yong Jin Kun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan