SUKAN
Tak jadi ke Manchester United, Alvaro Carreras sah milik Real Madrid

Carreras (kanan) yang telah menjadi nadi dalam perjuangan Benfica pada musim 2024/25 akan berkelana bersama skuad Real Madrid. - Gambar fail/Stadium Astro
BEKAS bintang muda Manchester United, Alvaro Carreras, sah akan menyertai skuad bimbingan Xabi Alonso bagi menghadapi musim 2025/26 menerusi perjanjian selama enam tahun.
Ringkasan AI
- Alvaro Carreras Sertai Real Madrid: Bekas pemain Manchester United dan tonggak Benfica, Alvaro Carreras, sah menyertai Real Madrid dengan kontrak enam tahun untuk musim 2025/26 di bawah kendalian Xabi Alonso.
- Prestasi Cemerlang di Benfica: Carreras memainkan peranan penting dalam kejayaan Benfica menjulang Piala Portugal musim lalu, termasuk kemenangan dramatik ke atas Sporting Lisbon dalam perlawanan akhir.
- Kembali ke Akar Real Madrid: Pemain berusia 22 tahun itu bukan asing di Madrid kerana pernah beraksi bersama akademi remaja Los Blancos dari 2017 hingga 2020, menjadikan kelab ini sebagai destinasi ketiganya secara profesional.
Antara kejayaan yang dikecapi Carreras adalah ketika membantu Benfica menjulang Piala Portugal menerusi kemenangan ke atas Sporting Lisbon dalam aksi final yang cukup dramatik.
Untuk rekod, Real Madrid merupakan kelab ketiga buat Carreras sepanjang bergelar pemain profesional selepas Manchester United dan Benfica. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami