awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tan Aik Mong enggan terlibat isu perletakan jawatan Rashid

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
21/09/2013
11:42 MYT
Tan Aik Mong enggan terlibat isu perletakan jawatan Rashid
"Saya tidak berminat untuk terlibat dengan isu perletakan jawatan Rashid Sidek dalam Kesatuan Badminton Malaysia (BAM)." Itu ketegasan disuarakan Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat BAM, Tan Aik Mong apabila ditanya mengenai isu perletakan jawatan jurulatih pemain perseorangan skuad badminton negara itu. Tegasnya, beliau lebih berminat untuk memberi tumpuan kepada cara menambahbaik latihan kepada pemain dan jurulatih dalam pasukan badminton negara. "Kalau saya terlibat dengan isu tersebut, saya akan hilang fokus dan saya tidak mahu ia berlaku," "Pada usia saya 63 tahun, sekarang adalah masa untuk berusaha mentransformasikan jurulatih badminton dengan menggunakan pelbagai mekanisme," ujarnya. Aik Mong berkata demikian dalam satu sidang media di Stadium Juara, Bukit Kiara. Pengumuman perletakan jawatan Rashid Sidek sebagai jurulatih badminton perseorangan negara pada Khamis mengejutkan negara. Tindakan dibuat selepas 10 tahun beliau berbakti kepada skuad kebangsaan. Bagaimanapun, Rashid bukan jurulatih pertama meninggalkan BAM. Sebelum ini, abangnya, Datuk Misbun Sidek turut mengambil langkah sama tiga tahun lalu. Rashid menghantar notis sebulan kepada BAM kerana dilaporkan tidak serasi dengan kepimpinan baru yang diteraju Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff dan Tan Aik Mong.
Topic Berkaitan
#badminton
#rashid sidek
#Tan Aik Mong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan