awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
India dan Pakistan saling bertukar senarai aset nuklear
Kepengerusian ASEAN: Filipina akan teruskan momentum pengerusi terdahulu
JPJ Kelantan kutip RM9.02 juta kompaun Januari-November 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tandukan Casagrande selamatkan maruah Penang FC

Bernama
Bernama
11/04/2021
21:48 MYT
Tandukan Casagrande selamatkan maruah Penang FC
Casagrande menanduk sepakan sudut pemain gantian Mohammad Amer Azahar untuk mengikat kedudukan. - Foto Facebook/Penang Football Club
KUALA LUMPUR: Tandukan pada penghujung babak perlawanan penyerang import Anselmo Arruda da Silva menyelamatkan maruah Penang FC di laman sendiri untuk mengikat Sabah FC 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, malam tadi.
Keputusan seri itu membolehkan Penang FC kekal di tangga keempat liga berkongsi 15 mata bersama Terengganu FC di kedudukan ketiga selepas lapan perlawanan.
Pada aksi yang berlangsung sengit itu selepas kedua-dua terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, Sabah FC berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-52 menerusi rembatan deras pemain kebangsaan Indonesia Saddil Ramdani dari luar kotak penalti.
Bagaimanapun, Penang FC yang tampil cemerlang dengan merekodkan satu kekalahan setakat ini berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-86 apabila Arruda da Silva atau lebih dikenali Casagrande menanduk sepakan sudut pemain gantian Mohammad Amer Azahar untuk mengikat kedudukan.
Keputusan itu juga menyaksikan Sabah FC hanya dibezakan satu mata daripada pasukan kedua tercorot liga Sri Pahang FC yang mengutip lima mata.
Sementara itu dalam aksi Liga Premier, Johor Darul Ta'zim (JDT) II naik ke kedudukan kedua liga meskipun mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Selangor FC 2 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Pada masa sama, gol sendiri Amirul Ashraf Ariffin dua minit selepas jaringan pembukaan Adib Abdul Ra'op menyaksikan Perak FC II terlepas peluang mencatat kemenangan ketiga musim ini apabila terikat 1-1 berdepan PDRM FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bolasepak
#Penang FC
#Liga Super
#Stadium Bandaraya
#Terengganu FC
#Anselmo Arruda da Silva
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan