awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tandukan Karim bantu The Rhinos terus hambat Harimau Selatan

Bernama
Bernama
20/07/2022
00:50 MYT
Tandukan Karim bantu The Rhinos terus hambat Harimau Selatan
Park Tae-Su (kiri) meraikan jaringan keduanya ketika menentang Terengganu FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu, 19 Julai 2022. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sabah FC merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim selepas menewaskan Terengganu FC, 2-1 dalam perlawanan liga itu yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi.
Kemenangan Skuad Badak pada malam tadi membolehkannya mengumpul 25 mata daripada 12 perlawanan, hanya satu mata sahaja di belakang pasukan Harimau Selatan yang memperoleh 26 mata selepas 10 perlawanan.
Pemain import dari Korea Selatan, Park Tae-Su muncul wira Sabah FC apabila membantu pasukannya bangkit daripada ketinggalan selepas pasukan pelawat mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan pemain tengah Filipina, Manuel Ott yang memanfaatkan situasi kelam kabut di hadapan gawang Sabah FC untuk menolak masuk hantaran pendek Petrus Shitembi pada minit kedua masa kecederaan babak pertama.
Bagaimanapun, segala-galanya berubah pada separuh masa kedua bagi skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu apabila mereka hanya memerlukan tempoh tujuh minit untuk memadam kelebihan dimiliki Terengganu FC.
Tae-Su atau mesra dengan gelaran "Karim" dalam kalangan penyokong Sabah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-72 untuk Skuad Badak apabila menanduk masuk sepakan sudut daripada pemain berpengalaman yang juga ketua pasukan Baddrol Bakhtiar.
Gandingan dua pemain itu sekali lagi membuahkan hasil selepas Tae-Su membuktikan tandukannya sekali lagi berbisa untuk menggandakan jaringan buat Sabah pada minit ke-79, hasil sepakan percuma daripada Baddrol dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil.
Selepas mengharungi lima perlawanan liga tanpa kemenangan sebelum ini, Kedah Darul Aman FC akhirnya kembali mengutip tiga mata penuh apabila menundukkan Sarawak United, 3-1, di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Rembatan kencang pemain import, Mahmoud Nayef Ahmad Almardi berjaya membuka tirai jaringan Kedah pada minit kelapan sebelum pasukan pelawat mendapatkan gol penyamaan menerusi Uche Agba pada minit ke-23.
Bersambung babak kedua, penyerang import dari Cameroon, Ronald Ngah kembali menceriakan penyokong tuan rumah selepas meledak gol kedua Kedah pada minit ke-74 sebelum jaringan kedua peribadi Mahmoud Nayef, hasil percubaan cantik dari jarak jauh lima minit kemudian, melengkapkan malam bergaya buat pasukan utara tanah air itu.
Keputusan malam tadi menyaksikan Kedah yang mengutip 17 mata berada di tangga keempat liga sekali gus memintas Terengganu yang meraih 16 mata di kedudukan kelima manakala Sarawak United kekal di tangga ke-10 dengan 10 mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah FC
#Liga Super
#Park Tae-su
#Terengganu FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan