LONDON: Tawaran bersama UK dan Ireland untuk menjadi tuan rumah Euro 2028 dijangka diluluskan secara rasmi lewat Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Penarikan diri Turkiye untuk memberi tumpuan kepada bidaan bersama Itali untuk menjadi tuan rumah Euro 2032 menjadikan bidaan England, Ireland Utara, Scotland, Wales dan Ireland tidak dicabar sekali gus bakal menjadi tuan rumah kejohanan dalam masa lima tahun akan datang.
UEFA telah mengekalkan dua 'tiket wild card' kepada tuan rumah jika mana-mana daripada lima negara pembida tidak layak secara merit ke pusingan akhir.
Pada Isnin, England melalui Persatuan Bola Sepak England (FA) difahamkan telah memohon untuk melalui pusingan kelayakan Euro 2028.
FA dikatakan berminat untuk memastikan pasukan itu berdaya saing menjelang pusingan akhir, dengan Jerman bergelut dalam aksi persahabatan menjelang Euro 2024.
Terdapat juga kebimbangan mengenai prestasi pasukan pada pertandingan sebenar jika mereka terbatas hanya kepada perlawanan persahabatan.
Jika lebih dua daripada lima pasukan tuan rumah tidak berjaya ke pusingan akhir, hanya dua yang mempunyai rekod terbaik akan mendapatkan tiket wild card. Jadi, tiada jaminan kelima-lima pasukan akan terlibat pada pusingan akhir Euro 2028.
Sepuluh stadium telah dimasukkan dalam penyerahan bidaan UK-Ireland pada April. Enam daripada venue adalah di England, dengan masing-masing satu dari Ireland Utara, Republik Ireland, Scotland dan Wales.
Enam venue di England ialah Wembley, Stadium Tottenham Hotspur, Stadium Etihad, St James' Park, Villa Park dan stadium baharu Everton di Bramley-Moore Dock.
Casement Park yang dibangunkan semula di Belfast, Stadium Aviva di Dublin, Hampden Park di Glasgow dan Stadium Principality di Cardiff adalah stadium lain yang termasuk dalam penyerahan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
Pada Isnin, England melalui Persatuan Bola Sepak England (FA) difahamkan telah memohon untuk melalui pusingan kelayakan Euro 2028. - Gambar fail
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.