awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tayangan FIFA 2018 tidak libat wang kerajaan - Guan Eng

Bernama
Bernama
28/08/2020
07:15 MYT
Tayangan FIFA 2018 tidak libat wang kerajaan - Guan Eng
Lim berkata projek tersebut perlu digugurkan daripada senarai projek RT Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Rabu lepas.
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjelaskan projek Rundingan Terus (RT) tayangan Piala Dunia FIFA 2018 yang bernilai RM29.9 juta tidak melibatkan wang kerajaan, sebaliknya menggunakan hasil jualan iklan dan tajaan.
Justeru, Lim berkata projek tersebut perlu digugurkan daripada senarai projek RT Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Rabu lepas.
"Sebaliknya kerajaan mendapat untung RM3.3 juta hasil iklan dan tajaan untuk siaran tersebut dan dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan," kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP pada sidang media di sini hari ini.
Pada Rabu, Kementerian Kewangan mendedahkan senarai 101 projek yang bernilai RM6.61 bilion yang ditawarkan secara RT ketika pentadbiran PH, yang mana projek tayangan Piala Dunia FIFA 2018 turut tersenarai.
Justeru, Ahli Parlimen Bagan itu meminta Tengku Zafrul membetulkan perkara tersebut dengan mengeluarkan projek tayangan Piala Dunia FIFA daripada senarai berkenaan.
Semalam, dalam sidang media di Parlimen, Lim menafikan projek RT PH bernilai RM6.61 bilion sebaliknya nilai kesemua projek RT sepanjang pemerintahan kerajaan PH ialah sebanyak RM352 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP
#Kementerian Kewangan
#Lim Guan Eng
#menteri
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#Piala Dunia FIFA
#Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan