KUALA LUMPUR: Skuad e-sukan Team Haq mencipta sensasi apabila berjaya muncul juara pada penampilan sulungnya dalam perlawanan Grand Final Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim Ke-10 dengan mengejutkan juara bertahan Todak 4-2 semalam.
Kejuaraan diraih skuad berkenaan dalam kejohanan berlangsung selama lebih dua bulan itu, lebih bermakna apabila ia sekali gus melayakkan mereka untuk beraksi di Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 (M4) dijadual berlangsung di Jakarta, Indonesia tahun depan.
Perlawanan semalam menyaksikan Team Haq menunjukkan kehebatan mereka pada pusingan pertama dan kedua apabila berjaya mendahului Skuad Todak.
Situasi itu bagaimanapun tidak mematahkan hasrat Todak untuk mempertahan gelaran juara apabila skuad terbabit menyamakan kedudukan pada pusingan ketiga dan keempat.
Hasrat Todak itu kemudian dipadam Team Haq yang kembali bangkit menewaskan mereka pada dua pusingan terakhir sebelum mengesahkan kejuaraan milik mereka.
Pengasas Team Haq Muhammad Aimanulhaq Zaharudin berkata beliau tidak menjangkakan kemenangan terbabit memandangkan ini kali pertama skuadnya menyertai MPL.
"Sebab kami merupakan pasukan rookie (baharu), jadi kami memang sertai perlawanan ini untuk cari pengalaman, lagipun Todak memang pasukan handal, jadi memang tak sangka dapat rangkul kemenangan ini.
"Tapi memang kemenangan ini hasil daripada pengalaman pemain, jadi sekarang kami dah melampaui sasaran kami dan banyak lagi pengalaman yang kami nak cari di pentas dunia nanti," katanya kepada Bernama.
Team Haq semalam dibarisi oleh lima pemainnya iaitu Muhammad Syafizan, Aiman Zairie Anuar, Poh Chun Wai, Aimin Zairie Anuar dan Mohamad Nilzaihan manakala Skuad Todak dibarisi Idreen Abdul Jamal, Wan Usman, Zikry Shamsuddin Muhammad Danial Mohamad Fuad dan Muhammad Qayyum Ariffin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2022
Team Haq muncul juara perlawanan Grand Final Liga Profesional Mobile Legends MY musim Ke-10 semalam, menewaskan juara bertahan Todak 4-2.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
MPL MY musim ke-12: Prestasi luar biasa Team Haq, perkukuh laluan menuju pusingan playoffs
Team Haq terus pamer aksi cemerlang pada minggu kedua Kejohanan Mobile Legends Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY) Musim ke-12.
Team Haq, Todak lulus ke upper bracket knockout stage
Dua wakil e-sukan negara, Team Haq dan Todak berjaya melangkah ke pusingan 'knockout stage' Kejohanan Dunia M4 Mobile Legend.
Ubah stigma, calon PRU15 perlu lebih cakna tentang e-sukan
Seiring dengan arus kemodenan teknologi, juara Grand Final Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim Ke-10, skuad team Haq berharap calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih cakna.
PM ucap tahniah kepada Team Haq, juara MPL MY
Kejayaan seperti itu adalah bukti negara mempunyai bakat muda yang perlu disokong dan digilap.
Team Haq lakar kejutan muncul juara baharu MPL
Ia sekali gus melayakkan mereka beraksi di Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 di Jakarta, Indonesia tahun depan.