awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Team Haq wakili Malaysia ke Phygital Games 2023 di Rusia

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2023
07:03 MYT
Team Haq wakili Malaysia ke Phygital Games 2023 di Rusia
Phygital Games 2023 dianjurkan di Kazan, Rusia dengan membariskan pelbagai sukan menggunakan pendekatan "phygital" iaitu gabungan sukan fizikal dan digital - Foto/Team Haq
KUALA LUMPUR: Juara Liga Profesional Mobile Legends MY musim ke-10, Team Haq Esport Club akan mewakili Malaysia ke kejohanan Phygital Games 2023 yang berlangsung di Kazan, Rusia dari 17 hingga 24 Julai ini.
Team Haq terpilih mewakili Malaysia ke pertandingan berprestij itu selepas mendapat jemputan khas daripada penganjur yang membuat pemilihan berdasarkan prestasi pasukan itu di peringkat nasional dan antarabangsa.
Selain Team Haq, tujuh lagi pasukan e-sukan dari negara lain akan berentap termasuk dari Filipina, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam, serta Kemboja.
Pengasas Team Haq Esports Club, Aimanhaq Zaharudin dalam satu kenyataan hari ini melahirkan rasa syukur kerana pasukannya terpilih menyertai pertandingan di peringkat dunia.
Jelasnya, penyertaan di Rusia itu juga merupakan persediaan bagi pasukan Team Haq menghadapi Regular Season MPL MY Musim ke-12.
"Ini adalah kejohanan pertama kami sertai di benua Eropah. Sehubungan itu, sudah pasti ia akan memberikan pengalaman berbeza buat kami.
"Team Haq bertekad untuk memberikan persembahan terbaik dan akan berusaha sedaya upaya merebut gelaran juara di Rusia," katanya.
Aimanhaq menambah Team Haq akan menghantar skuad kedua yang digelar Team Haq All Star, dengan para pemain akan dinilai untuk menentukan sama ada mereka layak menyertai skuad utama apabila jendela perpindahan pemain di Malaysia dibuka nanti.
Team Haq All Star akan dibarisi oleh pemain-pemain berwibawa iaitu Lolla, Minnn, Mannn, Nain serta Hitto.
Phygital Games 2023 dianjurkan di bawah kejohanan "Games of the Future" di Kazan dengan membariskan pelbagai sukan menggunakan pendekatan "phygital" iaitu gabungan sukan fizikal dan digital.
Pusingan kelayakan kedua yang disertai Team Haq akan berlangsung pada 20 Julai depan dan menawarkan hadiah bernilai AS$50,000 (RM226,000).
Pasukan yang mendapat kedudukan teratas berpeluang menyertai pusingan akhir tahun hadapan dengan jumlah hadiah AS$3 juta (RM13.58 juta).
Topic Berkaitan
#Juara Liga Profesional Mobile Legends MY
#Phygital Games 2023
#E sport Malaysia
#Team Haq Esport Club
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan