JURULATIH Al Jazira, Henk ten Cate, menegaskan skuadnya perlu 'meletak tiga bas' untuk mengekang Real Madrid dalam separuh akhir Piala Dunia Kelab di Stadium Bandar Sukan Zayed, Abu Dhabi, esok.
Kemenangan tipis ke atas Auckland City dan Urawa Red Diamonds membolehkan Al Jazira menempah slot menentang juara Eropah, yang pernah dilatih oleh Jose Mourinho.
Dan Ten Cate berkata pasukannya akan menerapkan taktikal Mourinho untuk perlawanan tersebut.
"Kami memerlukan tiga bas," kata jurulatih Belanda itu dengan nada seloroh, hari ini. "Mungkin Mourinho boleh datang dan meletakkan dua lagi bas di depan gol kami.
"Bermimpi adalah OK, tetapi anda tidak perlu menjadi bodoh, mesti realistik. Dan jika anda realistik, peluang untuk menang tidaklah terlalu besar.
"Perbezaan dalam kualiti terlalu besar. Tetapi pasukan saya akan berjuang seperti yang mereka lakukan sebelum ini, mereka akan bertarung habis-habisan."
Ten Cate membayangkan pemain Al Jazira mungkin terlalu menghormati bintang Madrid seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan Gareth Bale.
"Kami lihat setiap hari liga Sepanyol, Jerman dan Inggeris, kini anda menghadapi seseorang seperti Ronaldo yang telah memenangi lima bola emas (Ballon d'Or)," kata Ten Cate.
"Dan kini anda berdiri di sebelahnya di dalam terowong untuk memasuki padang dan bermain menentangnya. Saya dapat bayangkan dengan situasi itu kepada pemain. Mereka sangat bermotivasi, saya berharap mereka tidak terlalu gugup, saya fikir ia akan menjadi baik.
"Kami tidak perlu memberi motivasi terutama kepada pemain muda. Mereka bermain PlayStation di dalam bas ketika kami pergi bermain di luar dan kebanyakan mereka menyokong Madrid, jadi mereka tahu semua pemain.
"Ia agak lucu kerana pemain sama bermain PlayStation di bas akan menghadapi bintang sebenar esok.
"Al Jazira mungkin perkara paling besar yang saya lakukan. Separuh akhir Piala Dunia Kelab dengan pasukan dari UAE (Emiriah Arab Bersatu) adalah sesuatu yang hampir tidak dapat dibayangkan. Kami berbangga berada di sini," tambahnya.
Astro Arena
Wed Dec 13 2017

Ten Cate membayangkan pemain Al Jazira mungkin terlalu menghormati bintang Madrid seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan Gareth Bale. - Foto Astro Arena

95 peratus Aduan Suri berjaya diselesaikan - Fuziah
Sebanyak 95 peratus daripada 909 aduan yang diterima menerusi kod QR Aduan Suri sejak bulan lepas berjaya diselesaikan dan diambil tindakan.

NCCIM gesa kerajaan pertimbang langkah alternatif berhubung kenaikan surcaj elektrik
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah dasar alternatif berikutan pengumuman kenaikan drastik surcaj tarif elektrik.

Gempa bumi Turkiye-Syria: UNESCO bimbang kerosakan pada tapak warisan
UNESCO mengambil berat mengenai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai "Warisan Dunia dalam Bahaya."

Penyelidik New Zealand hasilkan kajian terbaru mengenai bahaya banjir glasier
Tasik ini bahaya bagi mereka yang tinggal di hilir kerana banjir boleh berlaku secara tiba-tiba akibat kegagalan empangan semula jadi.

Tanah Runtuh | 40 maut, puluhan cedera di Peru
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru.

Tragedi MH17 | Putin didakwa luluskan bekalan peluru berpandu tembak jatuh pesawat
Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.

Lawatan Rasmi PM | Respons positif petanda hubungan baik Malaysia, negara jiran
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluahkan kegembiraan selepas melihat lawatan Perdana Menteri ke negara-negara jiran sebelum ini berjalan lancar dan menerima sambutan baik.

Lawatan Rasmi PM | Teroka Ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand
Hal-hal ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand turut menjadi fokus lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand.

Lawatan Rasmi PM | Empat MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatannya ke Thailand pada 9 dan 10 Februari ini.

Parlimen Gua Musang | Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, Pegawai Pengurus
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai suruhanjaya itu yang difailkan oleh wakil calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

Petronas wujud pusat kecemerlangan AI menerusi kerjasama dengan rakan global
Pusingan pertama melibatkan Baker Hughes, Boston Consulting Group dan Microsoft dijalinkan menerusi pemeteraian tiga MoU baru-baru ini.

Perdana Menteri lawat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melawat Masjid Sheikh Zayed, yang merupakan antara masjid terbesar di dunia.

Skuad Muay Thai negara gondol empat emas di UAE
Skuad kebangsaan berjaya membawa pulang empat emas pada Kejohanan Senior Dunia Persekutuan Antarabangsa Persatuan Muay Thai (IFMA) 2022.

Agong berangkat ke Abu Dhabi untuk beri penghormatan terakhir
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada kira-kira 4.20 petang.

Polis UAE edar juadah berbuka puasa kepada pemandu
Inisiatif itu bertujuan menyediakan juadah berbuka puasa buat pemandu yang tidak sempat sampai ke rumah ketika azan Maghrib.

Lawatan pertama Presiden Syria ke negara Arab
Assad bertemu dengan pemerintah Dubai Sheikh Mohamed bin Rashid Al Maktoum.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pelancong lengkap vaksin, walau tanpa dos penggalak boleh masuk ke Abu Dhabi
Syarat kemasukan yang sering berubah-ubah menimbulkan kekeliruan kepada rakyatnya sendiri.

Malaysia kecam serangan terhadap Abu Dhabi
Wisma Putra berkata serangan itu adalah satu bentuk ancaman, dan mereka yang melancarkan serangan harus bertanggungjawab.

Konflik Asia Barat: Houthi dakwa dalang serangan Abu Dhabi
Kenyataan itu dibuat serta disiarkan di televisyen susulan serangan dron yang mengorban tiga nyawa.