BINTANG sensasi Manchester United, Harry Maguire harus meninggalkan Old Trafford jika dia tidak cukup yakin untuk memperjuangkan kedudukannya dalam kesebelasan utama The Red Devils, kata Pengendalinya, Erik ten Hag.
Sebelum ini beberapa media melaporkan pemain pertahanan itu berada di ambang penyingkiran untuk melengkapkan perpindahan ke West Ham United.
Ten Hag sebelum ini melucutkan jawatan Maguire selaku kapten pasukan bulan lalu selepas pemain berusia 30 tahun itu hanya membuat lapan perlawanan liga musim lalu dengan memberi keutamaan kepada Raphael Varane, Lisandro Martinez dan Victor Lindelof di pertahanan tengah.
Media Britain melaporkan West Ham United telah bersetuju dengan perjanjian bernilai 30 juta pound untuk Maguire, yang menjadi pemain pertahanan paling mahal di dunia apabila Manchester United menandatanganinya dari Leicester City dengan harga 80 juta pound pada 2019.
"Dia perlu berjuang untuk tempatnya dan dia mempunyai kebolehan untuk menjadi bek tengah kelas atas.
“Dia adalah pemain terbaik untuk England dan saya juga menganggap dia akan menjadi yang terbaik untuk kami, tetapi dia perlu membuktikannya.
"Apabila dia tidak cukup yakin untuk masuk dan bertarung, maka dia perlu pergi. Dia perlu membuat keputusan. Tetapi saya gembira dengannya... Anda memerlukan pemain peringkat tinggi yang mungkin tidak bermula, tetapi itu boleh berubah," Ten Hag.
United menerima kunjungan Wolverhampton Wanderers dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris awal pagi Selasa. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 15 2023
Maguire (gambar) merupakan pemain pertahanan paling mahal di dunia apabila Manchester United menandatanganinya dari Leicester City dengan harga 80 juta pound pada 2019. - REUTERS
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Perkara mungkin berbeza di Man Utd andai Mourinho terima sokongan seperti Ten Hag
Jose Mourinho percaya kerjayanya di Manchester United mungkin lebih berjaya sekiranya dia diberi kepercayaan yang sama seperti Erik ten Hag.
Piala FA Inggeris: Manchester United pilih skrip mendebarkan ke final
Conventry City mencetuskan cemas buat anak buah Erik ten Hag menerusi kebangkitan luar biasa bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Liverpool buat Man United kini berpaling sokong Man City - John Aldridge
Aldridge memberikan tamparan hebat buat penyokong Manchester United yang tampak gembira atas kekalahan Liverpool di tangan Crystal Palace.
EPL: Manchester United hanya mampu seri lagi
Manchester United jatuh ke tangga ketujuh liga sambil berkongsi mata dengan Newcastle United di tangga ke keenam.
Erik ten Hag alu-alukan penyerang berbisa baru di Man Utd
United mempunyai jumlah catatan gol terendah dalam kalangan 10 kelab teratas menerusi 45 jaringan.
Mayat ditemui di sekitar pusat latihan akademi Manchester United
Pusat latihan akademi Manchester United ditutup sementara waktu berikutan penemuan satu mayat manusia berhampiran tempat latihan itu.
EPL: Manchester United musnahkan harapan Liverpool untuk cabar gelaran juara liga
Mohamed Salah selamatkan maruah The Reds dengan keputusan seri 2-2 dalam lawatan mereka ke Stadium Old Trafford.
Pemain Akademi Manchester United nafi ada pertalian keluarga Malaysia
Pemain Akademi Manchester United Ethan Wheatley menafikan dakwaan mengatakan bahawa beliau mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Malaysia.