awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Musk dakwa bantahan terhadap deepfake Grok hanya alasan untuk penapisan
Kerajaan komited terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan dan masa depan rakyat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Amir sertai RMSIR 2025

Bernama
Bernama
14/11/2025
22:45 MYT
Tengku Amir sertai RMSIR 2025
Tengku Amir berkenan merasmikan RMSIR yang akan berlangsung mulai hari ini hingga 25 November di The Royal Selangor Yacht Club, Pelabuhan Klang malam tadi. Turut sama, isteri Datin Paduka Seri Afzaa Fadini. --fotoBERNAMA
KLANG: Sebanyak 28 pasukan dari pelbagai negara berentap dalam kejohanan Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) ke-35, bermula hari ini.
Perlumbaan selama sembilan hari itu bermula dari Pelabuhan Klang menuju ke Pulau Pangkor sebelum ke Pulau Pinang dan dijadualkan tamat di Pulau Langkawi.
Lebih menarik, perlumbaan tahun ini turut disertai Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pengerusi RMSIR Irsyad Ismail berkata penyertaan Tengku Amir, yang merupakan kali ketiga, akan menjadikan kejohanan tahun ini lebih menarik.
"Lebih menarik kejohanan ini akan turut disertai isteri baginda Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.
"Sukan layar ini juga sebenarnya satu hobi buat Raja Muda dan beliau sangat berminat dengan pelayaran," katanya pada majlis perasmian RMSIR di Royal Selangor Yacht Club di sini semalam.
RMSIR yang mula dianjurkan pada 1990 ialah kejohanan kapal layar kedua tertua di Asia dan dianggap paling sukar di Asia Tenggara.
Kejohanan itu idea cetusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika baginda bergelar Raja Muda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RMSIR 2025
#Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah
#kejohanan kapal layar
#Afzaa Fadini Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan