awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenis: Djokovic tersingkir awal di Terbuka Madrid

Bernama
Bernama
27/04/2025
09:45 MYT
Tenis: Djokovic tersingkir awal di Terbuka Madrid
Pilihan keempat dari Serbia itu kelihatan jauh daripada prestasi terbaiknya, bergelut untuk menyaingi servis Arnaldi. - Foto Reuters
MADRID: Novak Djokovic tersingkir di pusingan pertama Terbuka Madrid selepas tewas 6-3, 6-4 kepada pemain Itali, Matteo Arnaldi.

Ringkasan AI
  • Novak Djokovic tersingkir di pusingan pertama Terbuka Madrid selepas tewas kepada Matteo Arnaldi, dengan pemain Serbia itu bergelut untuk menyaingi servis lawannya dan mengalami kekalahan berturut-turut di pusingan pertama kejohanan besar.
  • Arnaldi memanfaatkan peluang break point dengan baik, termasuk mematahkan servis Djokovic pada set kedua dan bangkit daripada ketinggalan untuk mengukuhkan kedudukannya dalam perlawanan.
  • Alex de Minaur dan Cameron Norrie turut mencatat kemenangan dalam pusingan tersebut.

Pilihan keempat dari Serbia itu kelihatan jauh daripada prestasi terbaiknya, bergelut untuk menyaingi servis Arnaldi.
Pemain Itali itu memanfaatkan semua tiga peluang break point yang diperolehnya, manakala Djokovic kini mencatatkan kekalahan pusingan pertama di Madrid dan Monte Carlo.
Ini merupakan kali kedua Djokovic tewas berturut-turut di pusingan pertama, selepas kali terakhir berlaku pada 2018 di Indian Wells dan Miami.
Dalam perlawanan itu, Arnaldi mematahkan servis Djokovic pada perlawanan ketujuh set kedua dan bangkit daripada ketinggalan 0-40 pada perlawanan berikutnya dengan memenangi enam mata berturut-turut untuk mendahului 5-3.
Sementara itu, pilihan keenam Alex de Minaur dari Australia mencatat kemenangan selesa 6-2, 6-3 ke atas Lorenzo Sonego dari Itali.
Cameron Norrie dari Britain pula bangkit selepas ketinggalan set pertama untuk mengatasi pilihan ke-26, Jiri Lehecka dari Republik Czech 2-6, 6-4, 6-0.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Novak Djokovic
#Madrid Open
#tenis
#tersingkir di pusingan pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan