Arena tenis Malaysia memiliki peluang besar untuk melangkah ke tahap lebih tinggi sekiranya mampu melaksanakan sistem kejurulatihan yang betul, kata legenda jurulatih tenis Nick Bolletieri.
Bolletieri berkata Malaysia mempunyai banyak jurulatih tenis hebat, namun mereka perlu melaksanakan sistem yang betul untuk melahirkan pemain cemerlang.
"Untuk tenis Malaysia melangkah ke tahap lebih tinggi, kita perlu membantu barisan jurulatih. Tanpa usaha itu, ia menjadi sangat sukar.
"Malaysia tidak kekurangan bakat tenis, namun kurang dari segi arah tuju terhadap sukan berkenaan. Barisan jurulatih yang ada hebat, tetapi mereka perlu dibantu. Namun perlu diingat, sesuatu itu tidak akan dicapai dalam masa yang singkat," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Tenis Nasional di Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini pada Selasa.
Beliau berkata barisan jurulatih itu perlu diberi tunjuk ajar terhadap beberapa perkara yang mudah, misalnya dalam berdepan dengan pemain muda.
"Kita akan membantu jurulatih ini dalam perkara-perkara asas berdepan mereka yang mula menceburi tenis sehinggalah terhadap mereka yang sudah lama bergelar pemain tenis.
"Kita berharap dapat membangunkan sistem di mana saya boleh berkomunikasi dengan mereka secara bulanan melalui e-mel atau Facebook, dan berkongsi video mengenai latihan yang perlu dijalankan," katanya.
Bollettieri, terkenal antara individu paling berpengaruh dalam sejarah tenis dunia, berada di Kuala Lumpur untuk '#TraintoWin Tennis Workshop' bagi berkongsi kaedah latihan dan matlamat beliau dalam membantu merangkul gelaran Grand Slam, dengan pemain tenis remaja terbaik Malaysia dan barisan jurulatih.
Sementara itu, semasa sesi bengkel dua hari itu bermula hari ini, legenda jurulatih tenis berusia 86 tahun itu, mengenal pasti pemain tenis berbakat Malaysia, Nursharneem Imann Shamsuddin.
Bollettieri berkata jika beliau dapat mencungkil bakat pemain kelahiran Sabah berusia 18 tahun itu, ketika pemain itu masih berumur 10 tahun, corak permainan dan prestasi pemain muda itu sudah tentu berbeza, dan boleh beraksi dalam kejohanan jelajah pada masa ini.
Bengkel #TraintoWin menampilkan sesi kejurulatihan menggabungkan latihan di dalam dan luar gelanggang kepada lebih 150 pemain remaja yang berpotensi di bawah umur 10, 14 dan 18 tahun, serta bimbingan kaedah latihan kepada 30 jurulatih tenis kebangsaan dan negeri di Malaysia.
Semasa sesi kejurulatihan itu, pemain dan jurulatih juga diberi peluang menyaksikan pra-tonton versi Closed Beta untuk BounxSport, sistem membangunkan pemain baharu, membolehkan jurulatih dan pemain merangka perancangan bagi melahirkan pemain mempunyai prestasi cemerlang dengan cepat. -- Bernama
Bernama
Tue Dec 05 2017
Bolletieri berkata Malaysia mempunyai banyak jurulatih tenis hebat, namun mereka perlu melaksanakan sistem yang betul untuk melahirkan pemain cemerlang. - REUTERS/Fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tenis Malaysia mampu melangkah jauh - Bolletieri
Arena tenis Malaysia memiliki peluang besar untuk melangkah ke tahap lebih tinggi sekiranya mampu melaksanakan sistem kejurulatihan yang betul.