awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran adakan perhimpunan prokerajaan ketika proses antikerajaan berterusan
Modul latihan pengurusan NGO Islam akan diperkenal - Zulkifli
Pelabuhan Pulau Pinang harus jadi 'homeport' wilayah utara - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Artik: Aaron-Wooi Yik, Hon Jian-Muhammad Haikal mara ke suku akhir

Bernama
Bernama
10/10/2025
02:00 MYT
Terbuka Artik: Aaron-Wooi Yik, Hon Jian-Muhammad Haikal mara ke suku akhir
Juara dunia 2022 itu akan berdepan gandingan Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dua beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri meneruskan kemaraan ke suku akhir Terbuka Artik 2025 di Vantaa, Finland, semalam.
Pada aksi pusingan kedua kejohanan bertaraf Super 500 itu yang berlangsung di arena Vantaan Energia, pasangan pilihan pertama, Aaron-Wooi Yik bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum berjaya menyingkirkan rakan senegara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong 15-21, 21-14, 21-14.
Juara dunia 2022 itu akan berdepan gandingan Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han, yang mengejutkan rakan senegara yang juga pilihan ketujuh Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan 21-18, 21-9.
Sementara itu, Hon Jian-Muhammad Haikal juga menampilkan semangat juang yang tinggi apabila bangkit untuk menundukkan beregu Perancis, Eloi Adam-Leo Rossi 12-21, 21-10, 21-16.
Bagaimanapuna, harapan untuk menyaksikan pertemuan sukur akhir antara dua beregu Malaysia tidak kesampaian selepas Wan Junaidi Wan Arif-Yap Roy King tewas kepada pilihan ketiga Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark 13-21, 21-12, 13-21.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Artik
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri
#suku akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan