PERSEDIAAN bagi kejohanan tenis Terbuka Australia kandas, apabila 47 pemain diarahkan untuk menjalani kuarantin.

Ini selepas beberapa penumpang dalam pesawat sewa khas yang tiba di Melbourne disahkan positif COVID-19.

Seramai 24 pemain dalam pesawat sewa khas dari Amerika Syarikat ke Melbourne diarahkan menjalani kuarantin selama dua minggu.

Individu yang disahkan positif adalah kru penerbangan dan seorang penumpang.

Terdahulu, 72 jam sebelum menaiki penerbangan, mereka sudah diuji negatif.

Sementara itu, 23 pemain lain yang menaiki pesawat dari Abu Dhabi ke Melbourne juga diarah menjalani kuarantin, selepas seorang penumpang disahkan positif COVID-19.

Dia juga disahkan bebas jangkitan koronavirus itu sebelum menaiki penerbangan.

Kesemua 47 pemain perlu menjalani kuarantin dalam bilik hotel sehingga benar-benar disahkan bebas virus tersebut.

Mereka juga dilarang menjalani latihan.

Kejohanan tenis Terbuka Australian dijadual bermula pada 8 Februari.

BACA: COVID-19: Dua peserta Terbuka Australia diasingkan