awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Australia: Nur Izzuddin kecewa tewas, hempas raket

Sinar Harian
Sinar Harian
04/08/2023
00:40 MYT
Terbuka Australia: Nur Izzuddin kecewa tewas, hempas raket
Tangkap layar video yang memaparkan Nur Izzuddin menghempaskan raket ke gelanggang selepas perlawanan tersebut. - Foto Sinar Harian
IMPIAN beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei untuk melangkah lebih jauh dalam Kejohanan Badminton Terbuka Australia tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan Korea Selatan, Seo Seung Jae-Kang Min Hyuk di Pusat Sukan Negeri, Sydney pada Khamis.
Dalam saingan Pusingan Kedua Super 500 Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF), juara Terbuka Amerika (AS) itu bermula meyakinkan pada set pertama sebelum akur permainan kemas beregu nombor sembilan dunia dengan kekalahan 16-21.
Set kedua Nur Izzuddin-Sze Fei yang berstatus nombor 35 dunia kembali semula dalam permainan apabila berjaya memberi saingan kepada lawan.
Namun pengalaman mendepani tekanan ternyata milik Seung Jae-Min Hyuk apabila tenang menunjuk jalan keluar kepada beregu negara tersebut dengan kemenangan 23-21 dalam masa 41 minit.
Kecewa dengan kekalahan itu, Nur Izzuddin dilihat menghempaskan raket ke gelanggang selepas perlawanan tersebut.
Ia susulan tindakan Nur Izzuddin membalas pukulan pemain lawan sehingga memberi kemenangan straight set kepada pasangan Korea itu.
Akibat tindakan Nur Izzuddin, pengadil perlawanan melayangkan kad amaran kepada pemain berusia 25 tahun berkenaan.
Terdahulu Nur Izzuddin-Sze Fei mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua selepas menyingkirkan cabaran pemain Taiwan, Ming Che Lu-Tang Kai Wei 21-15, 21-14 dalam masa 29 minit. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#hempas raket
#nur izzuddin rumsani
#Terbuka Australia
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan