KUALA LUMPUR: Juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya melepasi tentangan pasangan Jerman, untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua beregu lelaki kejohanan badminton Terbuka Denmark 2022, di Odense hari ini.
Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Jyske Bank Arena, gandingan nombor satu negara itu menumbangkan Mark Lamsfuss-Marvin Seidel 21-18, 21-19 dalam pertarungan selama 36 minit, sekali gus melebarkan rekod kemenangan mereka ke atas pasangan ke-11 dunia itu.
Aaron-Wooi Yik yang merupakan gandingan di ranking keempat dunia, menang empat daripada lima pertemuan terakhir berdepan Lamsfuss-Seidel.
Gandingan negara itu akan membuat perhitungan menentang Lucas Corvee-Ronan Labar dari Perancis di pusingan kedua esok.
Pada masa sama, beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, turut melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan tuan rumah Mathias Chritian-Alexandra Boje 23-21, 21-13.
Pasangan ke-10 dunia itu, dijadual bertemu sama ada rakan sepasukan Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie atau Lee Jhe-Huei-Hsu Ya Ching dari Taiwan.
Dalam pada itu, nasib berbeza dialami pasangan beregu lelaki Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan gandingan beregu wanita Vivian Hoo-Lim Chiew Sien, selepas tewas kepada lawan masing-masing di pusingan pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022
Gandingan nombor satu negara itu menumbangkan Mark Lamsfuss-Marvin Seidel 21-18, 21-19 dalam pertarungan selama 36 minit. - Foto Stadium Astro
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Terbuka Denmark: Harapan tunggal Malaysia, Pearly-Thinaah tersungkur di suku akhir
Semangat juang yang dipamerkan gandingan wanita ranking ketujuh itu harus diberi pujian susulan tidak berputus asa memberikan aksi terbaik.
Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik ungguli pertemuan epik dua beregu negara
Mereka seterusnya akan berdepan beregu China, Chen Bo Yang-Liu Yi, begi penentuan ke separuh akhir hari ini.
Terbuka Denmark: Pearly-Thinaah berhempas pulas ke suku akhir
Mereka seterusnya akan bertemu beregu pilihan keempat dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, bagi penentuan ke separuh akhir hari ini.
Zii Jia tarik diri Terbuka Denmark
Pemain nombor empat dunia itu sebelum ini dijangka menyingkap pusingan pertama berdepan bintang Jepun, Kenta Nishimoto.
Zii Jia naib juara Terbuka Denmark
Zii Jia yang masih segar dengan kejuaraan Terbuka Artik baru-baru ini dijinakkan pemain China, Weng Hong Yang dalam perlawanan akhir pada Ahad.
Terbuka Denmark: Zii Jia mara ke suku akhir
Lee Zii Jia mengesahkan kemaraan ke suku akhir Terbuka Denmark selepas lawannya, Viktor Axelsen menarik diri di pusingan kedua.
Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila mara ke suku akhir selepas menundukkan pasangan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di pusingan kedua Terbuka Denmark 2023.
Terbuka Denmark: Zii Jia lepasi pusingan pertama, bakal berdepan Axelsen
Lee Zii Jia menepati ramalan selepas mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark 2023 di Odense.
Zii Jia 'lepaskan' Terbuka Hylo
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia memutuskan untuk menarik diri daripada kejohanan badminton Terbuka Hylo di Jerman yang dijadualkan bermula pada 1 hingga 6 November ini.
Zii Jia akur gagal raih gelaran Terbuka Denmark
Zii Jia dengan tenang menerima keputusan tersebut dan berazam untuk kembali semula dengan lebih mantap pada Terbuka Perancis 2022.