awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Denmark: Pearly-Thinaah berhempas pulas ke suku akhir

Astro Arena
Astro Arena
18/10/2024
00:30 MYT
Terbuka Denmark: Pearly-Thinaah berhempas pulas ke suku akhir
Mereka seterusnya akan bertemu beregu pilihan keempat dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, bagi penentuan ke separuh akhir hari ini. - Foto Facebook/BAM
BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, dipaksa berhempas pulas sebelum mengesahkan tempat dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di Odense awal pagi tadi.
Berdepan lawan bukan pilihan dari Korea Selatan, Lee Yu Lim-Shin Seung Chan, gandingan negara itu ketinggalan sejak awal set pertama dan biarpun bangkit mengikat kedudukan 20-20, mereka kemudian melepaskan dua mata terakhir untuk membenarkan lawan menang 22-20.
Aksi dalam set kedua juga hampir berkesudahan sama tetapi ketika ketinggalan 10-16, Pearly dan Thinaah meraih lapan mata berturut-turut untuk mendahului 18-16 sebelum mencatatkan kemenangan 21-18 bagi mengheret permainan ke set penentuan.
Kali ini, beregu pilihan kelima berkenaan menguasai set ketiga sejak dari awal, namun ketika mendahului 17-9, mereka membenarkan lawan memperoleh tujuh mata berturut-turut ke kedudukan 16-17 sebelum meraih empat mata terakhir bagi mengesahkan tempat ke suku akhir dengan kemenangan 21-16 selepas secara keseluruhan bertarung selama sejam dan 10 minit.
Mereka seterusnya akan bertemu beregu pilihan keempat dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, bagi penentuan ke separuh akhir hari ini. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Terbuka Denmark
#Pearly Tan-M Thinaah
#suku akhir
#Lee Yu Lim-Shin Seung Chan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan