awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Subahan optimis Speedy Tigers tempah slot ke Piala Dunia 2026
Blue Origin gantung pelancongan angkasa, fokus misi ke bulan
Angka korban nahas kereta api Sepanyol meningkat kepada 46 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Hylo: Kisona mara ke pusingan kedua

Bernama
Bernama
30/10/2025
00:35 MYT
Terbuka Hylo: Kisona mara ke pusingan kedua
Kisona (gambar) selepas ini bakal berdepan cabaran pilihan utama dari Indonesia Putri Kusuma Wardani. - Foto IG Kisona Selvaduray
KUALA LUMPUR: Juara perseorangan wanita Sukan SEA 2019, S. Kisona, memulakan kempen Terbuka Hylo 2025 dengan langkah kanan selepas menyingkirkan pemain Bulgaria, Kaloyana Nalbantova, pada aksi pusingan pertama di Saarbrucken, Jerman, Rabu.
Dalam kejohanan bertaraf Super 500 yang berlangsung di Saarlandhalle itu, pemain profesional negara berusia 27 tahun berkenaan hanya memerlukan 36 minit untuk menundukkan Nalbantova dengan keputusan 21-9, 22-20.
Kisona yang tidak disenaraikan sebagai pemain pilihan selepas ini bakal berdepan cabaran pilihan utama dari Indonesia Putri Kusuma Wardani, yang menewaskan pemain Denmark, Anna Siess Ryberg, 21-18, 21-5.
Sementara itu, pasangan beregu campuran bebas, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien turut melangkah ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan straight set ke atas gandingan Brazil, Fabricio Farias-Jacqueline Lima, 21-14, 21-17.
Tien Ci-Chiew Sien akan berdepan pilihan keenam dari Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat, yang menumpaskan rakan senegara mereka, Phuwanat Horbanluekit-Benyapa Aimsaard, 21-14, 21-13.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Hylo
#S Kisona
#Jerman
#Putri Kusuma Wardani
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan