SPORTS
Terbuka Kazakhstan: Shereen, Azeem raih podium - Slot Sukan Olimpik kian samar?

Shereen (kanan) dan Muhammad Azeem masih menunggu peluang saat akhir untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris susulan catatan masa yang dilakukan tidak melepasi had kelayakan yang ditetapkan.
JAGUH olahraga negara, Shereen Samson Vallabouy, menamatkan cabaran Terbuka Kazakhstan di Kejohanan Qosanov Memorial ke-33 di tempat pertama, awal pagi tadi.
Atlet berusia 25 tahun itu memenangi pingat emas acara 400m wanita dengan catatan masa 52.60s meninggalkan jauh lawannya untuk mengungguli kejohanan tersebut selepas cemerlang mengekalkan konsistensi di Terbuka Malaysia, minggu lalu.
Sementara itu, pelari sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi, turut meraih podium apabila mengakhiri saingan akhir 100m lelaki di tempat ketiga untuk menggondol pingat gangsa di belakang pelari dari Thailand, Puripol Bonsoon dan cabaran dari atlet Turkiye, Kayhan Ozer.
Stadium Astro
Namun, kedua-dua wakil kebangsaan itu masih menunggu peluang saat akhir untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris susulan catatan masa yang dilakukan tidak melepasi had kelayakan yang ditetapkan. - Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami