awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Malaysia 2025: Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua

Bernama
Bernama
08/01/2025
06:30 MYT
Terbuka Malaysia 2025: Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua
Goh Soon Huat-Shevon Lai melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Malaysia 2025 selepas menewaskan gandingan Amerika Syarikat. - Foto BAM
KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai melangkah mudah ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Malaysia 2025 selepas menewaskan gandingan Amerika Syarikat (AS) Presley Smith-Jennie Gai hari ini.
Pasangan pilihan keempat kejohanan itu tidak berdepan masalah untuk mara apabila mencatatkan kemenangan straight set 21-15, 21-19 dalam tempoh 36 minit sahaja di Axiata Arena.
Di sebalik kemenangan itu, Shevon mengakui beliau dan pasangannya tidak berpuas hati dengan prestasi mereka, yang disifatkannya banyak melakukan kesilapan tidak sepatutnya semasa perlawanan itu.
"Saya rasa ia penghormatan untuk kami memenangi perlawanan pertama ini buat Malaysia. Sudah tentu dalam perlawanan pertama kami masih mencari rentak dan ia tidak sempurna.
"Tetapi, pasangan saya bermain dengan baik dan beliau sangat tenang. Saya rasa lebih banyak yang perlu kami lakukan pada perlawanan seterusnya," katanya.
Sementara itu, Soon Huat berharap mereka dapat kekal fokus untuk menewaskan gandingan India, sama ada S. Karunakaran-A. Variyath atau A. Surya-A. Pramutesh, pada pusingan kedua esok.
"Kita kena bersedia dengan baik dan terus tumpukan perhatian langkah demi langkah. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya mara ke suku akhir," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Goh Soon Huat-Shevon Lai
#beregu campuran
#Kejohanan Terbuka Malaysia 2025
#badmiton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan