awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Perancis: Djokovic bangkit cipta sejarah dengan gelaran kedua

Astro Arena
Astro Arena
14/06/2021
02:12 MYT
Terbuka Perancis: Djokovic bangkit cipta sejarah dengan gelaran kedua
Novak Djokovic mencium piala yang diperoleh selepas menewaskan Stefanos Tsitsipas dalam final Terbuka Perancis di stadium Roland Garros, Paris, 13 Jun, 2021. (Foto AP)
NOVAK Djokovic mencipta sejarah apabila bangkit daripada ketinggalan dua set untuk menewaskan Stefanos Tsitsipas dalam final Kejohanan Tenis Terbuka Perancis awal pagi tadi.
Tsitsipas pada awalnya kelihatan berada di landasan terbaik untuk menjadi pemain Greece pertama memenangi kejohanan utama tetapi pemain legenda yang juga pilihan utama, Djokovic, mempamerkan kebangkitan gemilang untuk memperoleh kemenangan 6-7, 2-6, 6-3, 6-2, 6-4 di Roland Garros.
Ia bermakna pemain nombor satu dunia itu turut memahat sejarah di Gelanggang Philipe-Chatrier sebagai individu pertama dalam era terbuka -- yang ketiga sepanjang zaman -- memenangi sekurang-kurangnya dua gelaran dalam setiap kejohanan grand slam.
Djokovic (kanan) dan Tsitsipas selepas tamat perlawanan di stadium Roland Garros, Paris, 13 Jun, 2021. (Foto AP)
Djokovic (kanan) dan Tsitsipas selepas tamat perlawanan di stadium Roland Garros, Paris, 13 Jun, 2021. (Foto AP)
Djokovic sebelum ini tidak pernah memenangi kejohanan utama selepas ketinggalan dua set tetapi dia kini hanya ketinggalan satu gelaran untuk menyamai rekod 20 kejuaraan grand slam milik Roger Federer dan Rafael Nadal, yang ditewaskannya dalam aksi epik separuh akhir kelmarin.
Tsitsipas pula kelihatan terganggu dengan kecederaan pinggulnya dan terpaksa menelan hakikat masih gagal memperoleh kejuaraan grand slam pertama susulan kekalahan itu.
Djokovic Jubilation @DjokerNole lands Grand Slam title No.19 and his second in Paris, defeating Tsitsipas 6-7(6), 2-6, 6-3, 6-2, 6-4.#RolandGarros pic.twitter.com/lsG64N0s9q
— Roland-Garros (@rolandgarros) June 13, 2021
Topic Berkaitan
#Novak Djokovic
#Grand Slam
#tenis
#Terbuka Perancis
#Stefanos Tsitsipas
#kecederaan pinggul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan